Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602

Hentikan Rungutanmu, Wahai Cikgu

$
0
0
Baru-baru ini saya sempat menjengukkan diri ke page facebook cikgu-cikgu yang telah saya LIKED. Seperti biasa, para likers terus 'dijamu' dengan pernyataan-pernyataan provokasi daripada pertanyaan beberapa guru yang tak berpuas hati dengan isu tertentu di sekolah yang bersifat terpencil dan individu. Maksudnya isu remeh yang tidak melibatkan semua guru. 

Maka bermulalah sesi rungutan demi rungutan daripada segenap sudut. Jika nak dikira yang memberi komen positif dan membina, adalah terlalu sedikit jumlahnya. Boleh dikira dengan jari. Apa-apa pun saya tetap hormati pendirian dan pendapat masing-masing.

Cikgu merungut

Namun yang menjadi pertanyaan saya dan saya rasa orang lain juga, "Adakah guru yang terlalu merungut?" Semua perkara pun nak dijadikan isu?.. Orang lain pun sama juga bekerja dan ada kesusahan masing-masing. Tetapi kurang pulak merungut seperti mana merungutnya guru. Sudah lah bergaji besar, cuti banyak, dah tu asyik merungut ini tak kena, itu tak kena. (Statement kebanyakan..)

Jika difikirkan seketika juga, boleh dikatakan sangat jarang saya mendengar Jururawat, askar, doktor, anggota JPAM atau kerja lain-lain merungut mengenai kerja mereka. Padahal, semuanya ada tahap kesusahan masing-masing. (atau mungkin juga saya tak tahu sebab saya tidak berada dalam bidang mereka)

Jadinya?

Akhirnya saya buat kesimpulan sendiri,

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!


Sebelum saya nak meneruskan lagi artikel ini, saya mohon ampun dan maaf kiranya ada yang terasa hati dengan entri ini. Saya akui saya juga guru yang masih belajar, baru setahun jagung. Namun alhamdulillah, dalam pencarian saya mencari haluan menjadi seorang pendidik, saya sentiasa dipertemukan dengan guru-guru yang hebat! Yang positif dan sentiasa menjadi inspirasi kepada saya sehingga kini..


Ingat lagi peristiwa Profesor Dr Muhaya yang dihentam teruk kerana nasihatnya untuk rakyat berjimat cermat?.

Tokoh yang begitu dihormati pada suatu ketika itu, diserang teruk oleh pihak-pihak yang berkepentingan hanya kerana beliau memberikan nasihat dari sudut positif dalam menyelesaikan masalah!


Dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan atau isu yang timbul di tempat kerja atau di sekolah, seseorang itu boleh memandangnya dari 2 sudut berbeza. Samada kitaa melihat dari sudut positif (jika anda seorang yang positif) atau melihat kepada sudut yang negatif. 

Jika kita melihat dari sudut negatif, maka kita akan dapat lihat segala kepincangan, segala masalah, segala kesukaran, dan segala 1001 macam mengenai isu itu. Sepertimana kita melihat seorang musuh. Segala yang buruk kita boleh sebutkan. Akhirnya, kita hanya akan dapat masalah!

Tetapi jika kita melihat dari sudut positif, inshaAllah kita akan dapat lihat lebih banyak pilihan, lebih banyak penyelesaian, lebih banyak cabaran dan segala 1001 kemungkinan bagi isu tersebut. Seperti mana kita melihat seorang kawan yang mana segala perkara baik kita boleh sebutkan. Hasilnya? InshaAllah kita juga akan dapat penyelesaian!

Guru merungut

Cuba lihat gambar gelas di atas, adakah ianya separuh berisi air? atau separuh kosong? 

Semuanya terletak kepada bagaimana cara kita melihat akan sesuatu perkara. Jika kosong yang kita lihat, maka kosonglah yang kita dapat. Jika berisi yang kita lihat, maka berisi lah yang kita dapat. Buatlah pilihan kita dengan sebaik mungkin.


Dalam pada kita asyik menyalahkan orang lain (tetapi tidak diri sendiri) dan berterusan merungut semua perkara, pernahkah kita berhenti seketika dan berfikir sejenak, "Ikhlas kah aku dalam mendidik / bekerja?""Adakah kerja yang aku lakukan ini hanya kerana ingin mendapatkan redha Allah?"

Biasa juga kita merungut kita sentiasa disibukkan dengan pelbagai kerja yang tidak patut, kononnya. Tetapi, dalam pada kesibukan tu, sempat juga kita 'sibukkan' diri dengan bergosip di kantin?.. merokok di bengkel?.. berniaga?.. MLM?.. dan bermacam lagi aktiviti tidak berfaedah semasa waktu bekerja..

Tak sibuk lah tu maknanya.. ;)

Semua orang diberi waktu 24 jam. Tetapi yang pandai mengurus dan pandai memanfaatkannya sahaja akan mendapat manfaat!


Saya pernah bertemu dengan seorang guru yang sangat hebat di dalam kelas dan juga sangat aktif dengan aktiviti ko-kurikulum sehingga ke peringkat antarabangsa. Namun, sekali pun tak pernah saya dengar beliau mengeluh kerana kerjanya! Beliau jelas tahu untuk tahu apa beliau buat, dan untuk siapa beliau buat.

Tapi, kita yang pencapaian tak ke mana nih pun, merungut sampai ke tahap peringkat antarabangsa!


Jadi, adakah kita guru tidak boleh merungut?

Boleh!

Jika kena pada situasinya dan kena pada kadarnya. Kena pada situasi maksudnya pada hal yang memang boleh dirungutkan. Kena pada kadar bermaksud rungutan yang tidak berlebihan dan 'secukup rasa'. Kalau panjang-panjang merungut pun, boleh muak orang mendengarnya.

Betulkan niat kita dan sentiasa positifkan diri, inshaAllah kejayaan dan penyelesaian juga akan muncul.

Jika gaji kita rm3000, tetapi kita bekerja ikhlas dan bersungguh-sungguh seperti rm10,000 maka Allah akan gantikan bakinya dengan nikmat dan kesenangan lain. Tetapi jika gaji kita rm10,000, kerjanya macam rm3000, maka Allah akan tarik balik bakinya dengan segala kesusahan dan masalah.

Seperti mana kata orang, untung menjadi guru ini laluan luas terbentang menuju ke syurga dengan ilmu yang bermanfaat. Jangan pula hanya kerana negatifnya kita, gelojohnya kita, tak ikhlasnya kita, maka kerjaya ini pula menjadi laluan mudah untuk ke neraka!



p/s: Entri teguran dan peringatan ini untuk diri saya sendiri. Semoga bermanfaat juga..



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602