MAKLUMAN DARI JPA : PENCALONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA-KOREA DI REPUBLIK KOREA TAHUN 2013
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menganjurkan Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea di Republik Korea selama 10 hari bermula dari12 November 2013 sehingga 21 November 2013.
Syarat-syarat pencalonan adalah seperti berikut: (a) Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2013; (b) Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana; (c) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan; (d) Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2010, 2011 & 2012). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan; (e) Tidak mengikuti kursus pendek di luar Negara dalam tempoh satu (1) tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua (2) tahun kebelakangan (dikira dari tarikh kursus ini bermula); (f) Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA; (g) Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah; dan (h) Telah mengisytiharkan harta.
Guru yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara dalam talian di Portal JPA www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak dengan disertakan bersama-sama:
(a) Borang JPA(L)LDP 1A/96 (LAMPIRAN B); (b) Borang Perakuan Ketua Jabatan (LAMPIRAN C); (c) Salinan Senarai Tugas; dan (d) Salinan Kad Pengenalan calon.
Tarikh tutup permohonan online bagi pegawai yang ingin memohon adalah pada 5 Julai 2013 (Jumaat), manakala permohonan yang lengkap perlu dikemukakan kepada Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan selewat-lewatnya sebelum atau pada 8 Julai 2013 (Isnin).
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut : 5.1 Pn. Nur Irmawarni Mohamad 03-8884 7942 5.2 En. Azmi Tepoli 03-8884 7947