Pengarah Pendidikan
Semua Jabatan Pendidikan Negeri
(u.p.: Ketua Sektor, Sektor Penilaian Dan Peperiksaan )
Tuan,
JADUAL WAKTU DAN JADUAL KERJA PENTAKSIRAN PUSAT TINGKATAN 3
TAHUN 2014
Berhubung perkara di atas, surat siaran Lembaga Peperiksaan Bil.8 Tahun 2013 Pentaksiran Pusat Dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Peringkat Menengah Rendah Mulai Tahun 2014 bertarikh 16 Disember 2013 adalah berkaitan.
2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan semua murid sekolah kerajaan / sekolah bantuan kerajaan / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) / sekolah di bawah agensi kerajaan / Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) / Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), Sekolah Menengah Pendidikan Khas dan sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)atau sekolah swasta yang tidak berdaftar tetapi mengikuti kurikulum kebangsaan hendaklah melaksanakan Pentaksiran Pusat di Tingkatan 3.
3. Sehubungan dengan itu, Lembaga Peperiksaan telah menyediakan dokumen-dokumen seperti berikut:
3.1 | Lampiran 1 | : | Jadual Waktu Pentaksiran Pusat Tingkatan 3 Tahun 2014 |
3.2 | Lampiran 2 | : | Jadual Kerja Pentaksiran Pusat Tingkatan 3 Tahun 2014 |
4. Pentaksiran Pusat hendaklah dilaksanakan berpandukan dokumen Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat 2014 yang telah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan akan dimuat naik di portal Lembaga Peperiksaan pada bulan 15 Mac 2014.
5. Sila maklumkan kandungan surat ini kepada semua pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan semua Pengetua sekolah yang terlibat di bawah pentadbiran tuan. Pihak yang berkenaan hendaklah mematuhi dokumen-dokumen yang telah disediakan bagi melancarkan pengurusan pentaksiran dan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan penskoran.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(DR. NA’IMAH BINTI ISHAK)
Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Lampiran 1
JADUAL WAKTU PENTAKSIRAN PUSAT TINGKATAN 3 TAHUN 2014
Ujian Bertulis
TARIKH | MATA PELAJARAN | MATA PELAJARAN |
7 Oktober | Bahasa Melayu | Mathematics |
8 Oktober | Bahasa Inggeris | Science |
9 Oktober | Bahasa Arab Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Kadazandusun Bahasa Iban |
Ujian Lisan
TARIKH | MATA PELAJARAN | JENIS UJIAN |
9 Oktober | Bahasa Melayu Bahasa Inggeris | Mendengar |
26 hingga 31 Oktober | Bahasa Melayu Bahasa Inggeris | Bertutur |
Instrumen Pelbagai
TARIKH | MATA PELAJARAN |
6 hingga 25 April | Geografi |
4 hingga 23 Mei | Sejarah |
15 Jun hingga 4Julai | Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral |
15 Jun hingga 4 Julai | Pendidikan Seni Visual/ Pendidikan Muzik |
6 hingga 25 Julai | Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan |
10 hingga 29 Ogos | Pendidikan Jasmani dan Kesihatan |
10 hingga 29 Ogos | Kemahiran Hidup Bersepadu |
Lampiran 2
JADUAL KERJA PENTAKSIRAN PUSAT TINGKATAN 3 TAHUN 2014
UMUM
BIL | PERKARA | TARIKH | TINDAKAN |
1 | Pendaftaran | 1 hingga 15 April | Sekolah |
2 | Penghantaran salinan dokumen pentaksiran dan lembaran markah yang telah disahkan oleh Pengetua ke PPD | 20 Oktober | Sekolah |
3 | Penghantaran salinan dokumen pentaksiran dan lembaran markah yang telah disahkan oleh Pengetua ke JPN | 21 Oktober | PPD |
4 | Penghantaran salinan dokumen pentaksiran dan lembaran markah yang telah disahkan oleh Pengetua ke Lembaga Peperiksaan pada alamat: Lembaga Peperiksaan, Aras 7 Blok E11 Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya (u.p: Ketua Penolong Pengarah Unit PMR) | 22 Oktober | JPN |
UJIAN BERTULIS
BIL | PERKARA | TARIKH | TINDAKAN |
1 | Memuat turun jadual waktu, borang jadual bertugas guru pengawas, jadual kedatangan, pelan kedudukan dan borang pergerakan:http://www.moe.gov.my/lp | 1 Oktober | Sekolah |
2 | Ujian Bertulis | 7 hingga 9 Oktober | JPN/PPD Sekolah |
3 | Mesyuarat Penyelarasan Satu | 10 hingga 14 Oktober | LP |
4 | Mesyuarat Penyelarasan Dua | 14 hingga 18 Oktober | LP |
5 | Mesyuarat Penyelarasan Tiga | 20 hingga 22 Oktober | LP |
6 | Pemeriksaan skrip jawapan Ujian Bertulis | 23 Oktober hingga 6 November | LP |
7 | Mesyuarat Penyelarasan Empat | 7 hingga 8 November | LP |
8 | Kemasukan markah secara atas talian | 9 hingga 14 November | LP |
UJIAN LISAN - MENDENGAR DAN BERTUTUR
BIL | PERKARA | TARIKH | TINDAKAN |
1 | Memuat turun tugasan Ujian Lisan - Bertutur Bahasa Melayu, arahan persediaan tugasan, peraturan pemarkahan dan lembaran markah dari portal LP Menerima tugasan Ujian Lisan - Mendengar Bahasa Melayu daripada JPN | 8 Oktober 8 Oktober | Sekolah |
2 | Pentadbiran Ujian Lisan Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris | 9 Oktober | Sekolah |
3 | Memuat turun tugasan Ujian Lisan - Bertutur Bahasa Melayu, arahan persediaan tugasan, peraturan pemarkahan dan lembaran markah dari portal LP | 9 Oktober | Sekolah |
3 | Pentadbiran Ujian Lisan Bertutur Bahasa Melayu | 12 hingga 15 Oktober | Sekolah |
3 | Memuat turun tugasan Ujian Lisan - Bertutur Bahasa Inggeris, arahan persediaan tugasan, peraturan pemarkahan dan lembaran markah dari portal LP | 16 Oktober | Sekolah |
4 | Pentadbiran Ujian Lisan Bertutur Bahasa Inggeris | 19 hingga 22 Oktober | Sekolah |
7 | Kemasukan markah secara atas talian | 10 hingga 31 Oktober | Sekolah |
INSTRUMEN PELBAGAI
GEOGRAFI
BIL | PERKARA | TARIKH | TINDAKAN |
1 | Memuat turun tugasan Geografi, arahan persediaan tugasan, peraturan pemarkahan dan lembaran markah dari portal LP http://www.moe.gov.my/lp | 1 April | Sekolah |
2 | Pentadbiran tugasan Geografi | 6 hingga 25 April | Sekolah |
3 | Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Kebangsaan | 28 April | LP |
4 | Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Daerah | 30 April | JPN/PPD |
5 | Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Sekolah | 1 hingga 23 Mei | Sekolah |
6 | Pemeriksaan, penyelarasan dalaman, penyelarasan luar dan semakan teknikal | ||
7 | Kemasukan markah secara atas talian dan pemulangan skrip kepada murid |
SEJARAH
BIL | PERKARA | TARIKH | TINDAKAN |
1 | Memuat turun tugasan Sejarah, arahan persediaan tugasan, peraturan pemarkahan dan lembaran markah dari portal LP http://www.moe.gov.my/lp | 29 April | Sekolah |
2 | Pentadbiran tugasan Sejarah | 4 hingga 23 Mei | Sekolah |
3 | Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Kebangsaan | 26 Mei | LP |
4 | Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Daerah | 28 Mei | JPN/PPD |
5 | Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Sekolah | 29 Mei hingga 27 Jun | Sekolah |
6 | Pemeriksaan, penyelarasan dalaman, penyelarasan luar dan semakan teknikal | ||
7 | Kemasukan markah secara atas talian dan pemulangan skrip kepada murid |
PENDIDIKAN ISLAM/ PENDIDIKAN MORAL
PENDIDIKAN SENI VISUAL
BIL | PERKARA | TARIKH | TINDAKAN |
1 | Memuat turun tugasan Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral/Pendidikan Seni Visual/ Pendidikan Muzik, arahan persediaan tugasan, peraturan pemarkahan dan lembaran markah dari portal LP http://www.moe.gov.my/lp | 10 Jun | Sekolah |
2 | Pentadbiran tugasan Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral/Pendidikan Seni Visual/ Pendidikan Muzik | 15 Jun hingga 4 Julai | Sekolah |
3 | Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Kebangsaan | 7 Julai | LP |
4 | Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Daerah | 9 Julai | JPN/PPD |
5 | Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Sekolah | 10 Julai hingga 31 Julai | Sekolah |
6 | Pemeriksaan, penyelarasan dalaman, penyelarasan luar dan semakan teknikal | ||
7 | Kemasukan markah secara atas talian dan pemulangan skrip kepada murid |
PENDIDIKAN MUZIK
BIL | PERKARA | TARIKH | TINDAKAN |
1 | Memuat turun tugasan Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral/Pendidikan Seni Visual/ Pendidikan Muzik, arahan persediaan tugasan, peraturan pemarkahan dan lembaran markah dari portal LP http://www.moe.gov.my/lp | 1 April | Sekolah |
2 | Pentadbiran tugasan Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral/Pendidikan Seni Visual/ Pendidikan Muzik | 15 Jun hingga 4 Julai | Sekolah |
3 | Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Kebangsaan | 7 Julai | LP |
4 | Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Daerah | 9 Julai | JPN/PPD |
5 | Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Sekolah | 10 Julai hingga 31 Julai | Sekolah |
6 | Pemeriksaan, penyelarasan dalaman, penyelarasan luar dan semakan teknikal | ||
7 | Kemasukan markah secara atas talian dan pemulangan skrip kepada murid |
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
BIL | PERKARA | TARIKH | TINDAKAN |
1 | Memuat turun tugasan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, arahan persediaan tugasan, peraturan pemarkahan dan lembaran markah dari portal LP http://www.moe.gov.my/lp | 1 Julai | Sekolah |
2 | Pentadbiran tugasan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. | 6 hingga 25 Julai | Sekolah |
3 | Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Kebangsaan | 4 Ogos | LP |
4 | Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Daerah | 6 Ogos | JPN/PPD |
5 | Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Sekolah | 7 Ogos hingga 22 Ogos | Sekolah |
6 | Pemeriksaan, penyelarasan dalaman, penyelarasan luar dan semakan teknikal | ||
7 | Kemasukan markah secara atas talian dan pemulangan skrip kepada murid |
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
BIL | PERKARA | TARIKH | TINDAKAN |
1 | Memuat turun tugasan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Kemahiran Hidup Bersepadu, arahan persediaan tugasan, peraturan pemarkahan dan lembaran markah dari portal LP http://www.moe.gov.my/lp | 5 Ogos | Sekolah |
2 | Pentadbiran tugasan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Kemahiran Hidup Bersepadu | 10 hingga 29Ogos | Sekolah |
3 | Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Kebangsaan | 1 September | LP |
4 | Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Daerah | 3 September | JPN/PPD |
5 | Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Sekolah | 4 hingga 26 September | Sekolah |
6 | Pemeriksaan, penyelarasan dalaman, penyelarasan luar dan semakan teknikal | ||
7 | Kemasukan markah secara atas talian dan pemulangan skrip kepada murid |
PEGAWAI LEMBAGA PEPERIKSAAN YANG BOLEH DIHUBUNGI UNTUK SEBARANG PERTANYAAN.
BIL | PERKARA | PEGAWAI LP | NO TELEFON |
1 | Memuat turun tugasan | Pn. Badariah binti Ahmad badariah.ahmad@moe.gov.my | 03-88843151 |
2 | Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Kebangsaan | En Fauzi Bin Asirop fauzi1@moe.gov.my | 03-88843392 |
3 | Pentadbiran Pentaksiran Pusat | ||
4 | Kemasukan markah secara atas talian |