Ujian makanan adalah ujikaji yang dijalankan bagi menguji kehadiran sesuatu bahan dalam satu sampel makanan. Ada banyak ujian makanan. Namun dalam entri ini hanya difokuskan kepada 4 jenis ujian makanan sahaja, iaitu Ujian Iodin, Ujian Lemak, Ujian Benedict dan Ujian Millon. Jom tonton video di bawah untuk melihat bagaimana ujian tersebut dijalankan.
Ujian Iodin
Ujian Iodin digunakan bagi menguji kehadiran KANJI dalam sampel makanan. Caranya adalah dengan menitiskan beberapa titisan larutan Iodin ke dalam sampel. Sekiranya sampel berubah menjadi biru gelap atau biru kehitaman, maka sampel tersebut memang mengandungi kanji. Jika tiada perubahan, maka sampel tersebut tidak mengandungi kanji.
Contoh makanan yang boleh digunakan bagi menguji kanji adalah air nasi, roti dan ubi.
Ujian Lemak
Ujian lemak mempunyai 2 kaedah. Kaedah pertama adalah dengan menggunakan kertas turas. Titiskan beberapa sampel makanan ke atas kertas turas dan sekiranya terdapat tompokan lutsinar, maka sampel terbukti mengandungi lemak.
Kaedah kedua pula adalah dengan menggunakan etanol. Sampel dicampurkan dengan sedikit larutan etanol. Jika sampel makanan mengandungi lemak, maka kita akan dapat satu emulsi lemak.
Contoh makanan yang boleh digunakan bagi menguji lemak adalah minyak masak, dan marjerin.
Ujian Benedict
Ujian Benedict digunakan bagi menguji kehadiran GLUKOSA dalam sampel makanan. Caranya adalah dengan mencampurkan sampel dengan larutan Benedict yang berwarna biru. Kemudian campuran tadi dipanaskan dalam kukus air. Sekiranya sampel mengandungi glukosa, maka larutan akan berubah menjadi mendakan merah bata.
Contoh makanan yang boleh digunakan bagi menguji glukosa adalah air gula.
Ujian Millon
Ujian Millon digunakan bagi menguji kehadiran PROTEIN dalam sampel makanan. Caranya adalah dengan mencampurkan sampel dengan Reagen Millon. Campuran tadi kemudiannya dipanaskan dalam kukus air. Sekiranya sampel mengandungi protein, maka larutan akan berubah menjadi mendakan merah bata.
Contoh makanan yang boleh digunakan bagi menguji protein adalah albumen, dan putih telur.
Jutaan terima kasih kepada pelajar yang telah membantu saya dalam menjayakan video Ujian Makanan ini. Mereka adalah Charry Fresly, Vivian dan juga Roderick. Semoga anda mendapat manfaat daripada video ini yer.. ;)