Seperti yang saya telah janjikan, saya akan sediakan cara dan langkah bagi membina model sistem respirasi manusia. Ini adalah tugasan PBS Sains Tingkatan 3 bagi B6D1E1 bagi menunjukkan proses tarikan dan hembusan nafas. Sebagai percubaan pertama, maka saya cuba hasilkan dalam bentuk video. Diharap pelajar dapat memanfaatkan ilmu daripada video tersebut dengan lebih mudah.
Boleh tengok cara dan langkah membina model tersebut melalui video di bawah. Senarai bahan yang diperlukan dan juga 8 langkah dalam membina model sistem respirasi juga dapat ditayangkan dengan lebih mudah. Kos yang diperlukan pula tak sampai RM10!
Jutaan terima kasih juga buat pelajar-pelajar saya yang bertungkus lumus membantu dalam penyediaan video ini. Mereka adalah Jane Vanessa, Joedexpher dan juga Roland. Kalau tak ada mereka, tentu blom siap lagi video ini. Terima kasih banyak!
Oleh sebab ini juga adalah cubaan pertama saya menghasilkan video untuk membantu tugasan PBS bagi pelajar, maka saya sangat mengalu-alukan sebarang maklum balas mengenai video ini bagi membolehkan saya menghasilkan video yang lebih baik pada masa hadapan.
Jangan lupa juga untuk SUBSCRIBE channel saya kat Youtube bagi mendapatkan video-video terbaru selepas ini dengan lebih mudah. So, selamat mencuba!