Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602

PBS Sains Tingkatan 3 : Senarai Tugasan Band 6

$
0
0
Bagi memudahkan urusan adik-adik pelajar menyiapkan tugasan PBS Sains Tingkatan 3, terutamanya bagi Band 6, maka saya kumpulkan kesemua tajuk di sini. Ada 9 tugasan Band 6 yang perlu disiapkan untuk tingkatan 3. Entri ini lengkap dengan soalan dan juga senarai semak bagi membantu adik-adik pelajar memahami kehendak tugasan dan juga lengkap beserta contoh. Semoga menjadi panduan yang berguna dan dimanfaatkan oleh kita bersama. Sila SHARE dengan kawan-kawan lain juga ya! Rujuk juga dari masa ke semasa bagi update terkini.. ;)

PBS Sains Tingkatan 3 : Senarai Tugasan Band 6




B6D1E1
membina model sistem respirasimanusia untuk menunjukkan proses tarikan dan hembusan nafas 


B6D2E1
Pembentangan hasil buku skrap dalam pelbagai bentuk persembahan bertajuk “Kepentingan sistem respirasi yang sihat”:
 Bahan cemar udara
 pelbagai penyakit yang berkaitan dengan sistem respirasi
 Cara untuk memperbaiki kualiti udara
 Amalan mengekalkan udara yang bersih. 


B6D3E1
Pembentangan hasil penulisan artikel dalam pelbagai bentuk persembahan mengenai:
 kumpulan darah
 kumpulan darah penderma kepada penerima.
 kepentingan menderma darah
 pengendalian dan penyimpanan darah 


B6D4E1
Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan mengenai:
 kesan rokok terhadap fetus
 kepentingan mengelak daripada mengambil bahan yang boleh memudaratkan fetus 


B6D5E1
Memberi ceramah atau membahaskan mengenai:
 kaedah kawalan kehamilan
 salah guna kawalan kehamilan
 kebaikan dan keburukan kawalan kehamilan kepada masyarakat.
 Kepentingan penyelidikan pembiakan manusia 


B6D6E1
Membuat pembentangan risalah yang dihasilkan mengenai PETROSAINS/ Planetarium/ Pusat Sains Negara/ Logi Penapisan Minyak

atau

Membuat pembentangan risalah yang dihasilkan mengenai
 Sifat dan kegunaan pelbagai pecahan petroleum.
 Sumbangan petroleum dan gas asli kepada pembangunan ekonomi negara; dan
 Penggunaan yang cekap petroleum dan sumber bahan api semula jadi yang lain 


B6D7E1
Mereka cipta peralatan menggunakan tenaga alternatif 


B6D8E1
Memberi ceramah mengenai:
 langkah keselamatan yang perlu diambil apabila menggunakan elektrik.
memerihal langkah yang perlu diambil apabila berlakunya kemalangan yang melibatkan elektrik,
 mewajarkan keperluan adanya langkah-langkah keselamatan dan ciri-ciri keselamatan di rumah bagi mengelakkan kemalangan elektrik

atau 

Memberi ceramah mengenai:
 Aktiviti yang menyebabkan pembaziran elektrik.
 Memerihal cara memulihara elektrik.
 Mewajarkan keperluan memulihara elektrik.
 meramal masalah yang akandihadapi oleh negara jika berlakunya kekurangan elektrik. 


B6D9E1
Membuat pembentangan hasil penulisan kreatif (sajak/ syair/ puisi/ pantun /lirik lagu/lirik nasyid/ dll ) mengenai:
keunikan, ketertiban, keindahan dan keharmonian alam semesta sebagai satu tanda keagungan Tuhan 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602