Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602

Bercuti ke Thailand : Pulau James Bond, Phang Nga

$
0
0
Percutian saya ke Phang Nga, menemukan saya dengan Pulau James Bond. Mula-mula pelik jugak sebab kenapa nama dia James Bond, tapi lepas dah selidik sket rupanya kawasan pulau ini pernah digunakan sebagai set penggambaran bagi satu filem James Bond iaitu The Man With The Golden Gun (1974). Maka bermula selepas itu lah nama pulau tersebut lebih dikenali sebagai Pulau James Bond.

Bercuti ke Thailand : Pulau James Bond, Phang Nga
The Man With the Golden Gun (1974)

Nama asal pulau ini sebenarnya adalah Khao Ping Kan Island. Tarikan utama di pulau ini adalah tentunya sebuah pulau kecil yang terpacak macam jarum kat tengah-tengahnya. Pulau ini nama nya Ko Tapu atau pun Pulau Tapu. Menarik! Sebab keadaan fizikal dia yang sebegitu dan juga sangat unik. 

Bercuti ke Thailand : Pulau James Bond, Phang Nga
Pulau James Bond, Phang Nga

Dari jeti nak ke Pulau James Bond, anda perlu menggunakan bot. Kalau tak salah kena bayar lebih kurang 200 Baht seorang dengan 10 orang memenuhi bot. Dalam perjalanan, anda akan melalui kawasan paya bakau yang penuh dengan habitat hidupan. Jenguk-jenguk lah sekeliling, mana tahu ada rezeki boleh nampak apa-apa binatang lain.


Bercuti ke Thailand : Pulau James Bond, Phang Nga
Suasana di jeti kecil Phang Nga

Bercuti ke Thailand : Pulau James Bond, Phang Nga
Bot yang menunggu penumpang

Bercuti ke Thailand : Pulau James Bond, Phang Nga
Hutan paya bakau sebelum sampai ke Pulau James Bond

20 minit seterusnya anda akan melepasi kawasan Pulau Panji @ Panyee Island yang juga terkenal dengan perkampungan atas air nya. Memang cantik! Kemudian terus menuju ke kawasan untuk berkayak. Di sini  juga disediakan bot besar lengkap dengan makan-makan BBQ. Cuma tak pasti halal atau pun tak. Perlu dapatkan kepastian dulu yer.

Bercuti ke Thailand : Pulau James Bond, Phang Nga
Jom lawan race!

Bercuti ke Thailand : Pulau James Bond, Phang Nga
Pitstop pertama yang ada BBQ dan aktiviti kayak

Selain daripada aktiviti berkayak, juga ada sesuatu yang menarik di sini. Terdapat lubang gua yang boleh dilalui dengan menggunakan bot. Memang mengujakan. Bagi yang nak berkayak, anda boleh gunakan kemudahan yang disediakan di sana. Kami pula terus menuju ke Pulau James Bond.

Bercuti ke Thailand : Pulau James Bond, Phang Nga
Lubang gua dari kejauhan

Bercuti ke Thailand : Pulau James Bond, Phang Nga
Dah makin hampir..

Bercuti ke Thailand : Pulau James Bond, Phang Nga
Dah masuk dalam..

Bercuti ke Thailand : Pulau James Bond, Phang Nga
Okeh, dah pun keluar dari gua

Bercuti ke Thailand : Pulau James Bond, Phang Nga
Bumbung gua yang ada stalagtit stalagmit

Dari sana, perjalanan lebih kurang 15 minit pula menemukan kami dengan pulau tersebut. Dari jauh tak berapa nak perasan, sebab bentuk dia yang macam dah bercantum dan juga sebab banyak pulau dari kejauhan. Tapi bila dah semakin dekat, baru betul-betul perasan mana satu Pulau James Bond.

Bercuti ke Thailand : Pulau James Bond, Phang Nga
Pulau James Bond dari kejauhan. Confuse yang mana satu

Pulau James Bond ini ada pantai yang lebih kurang panjangnya dalam 40 meter. Bagi yang nak mendarat ke sana, anda perlu bayar pula lagi 200 Baht untuk yuran Taman Negara Phang Nga. Kawasan pesisiran pantai di sekeliling Ko Tapu juga tidak boleh didekati dengan bot, mungkin sebab nak jaga kawasan pantai tersebut.

Bercuti ke Thailand : Pulau James Bond, Phang Nga
Yeah! Ini dia Pulau James Bond dan Pulau Tapu

Jika diperhatikan ada juga terdapat kedai-kedai yang menjual makanan dan juga cenderahati bagi para pengunjung yang singgah di pulau tersebut. Mungkin ada yang boleh dijadikan kenangan semasa berada di pulau tersebut. 

Bercuti ke Thailand : Pulau James Bond, Phang Nga
Kedai-kedai yang jual cenderahati dan makan-makan

Aktiviti lain yang boleh diadakan di pulau ini tak pasti pula saya. Tapi ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Ko Tapu sebagai latar sambil bersiar-siar. InshaAllah jika ada kesempatan untuk saya nak berkunjung ke sini semula, pasti saya akan singgah di pantai tersebut!



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602