Cuti sekolah memang saya nak relaks betul-betul dari memikirkan hal-hal kerja. Walaupun cuti sekolah bunyi nya macam panjang, tapi hakikatnya 'cuti' sebenar tak berapa hari pun. Jadi WAJIB untuk saya pergi cuti, santai-santai, ambil semangat dan inspirasi baru. He3..
Kali ini saya memilih Thailand sebagai destinasi percutian. Dekat jer ngan kampung halaman, Perlis. Plan asal nak ke Bangkok. Namun atas nasihat keluarga dan rakan-rakan disebabkan pergolakan politik yang berlaku di Thailand pada masa ini, maka saya pun membatalkan niat ke Bangkok. Setakat Phuket, Krabi dan Hatyai yang kat bawah ni, tak ada kesan sangat.
Meh saya kongsikan dengan anda, keindahan Patong Beach di Phuket, Thailand yang menjadi kegilaansaya pelancong asing untuk datang bersidai, berjemur dan mandi manda di sini. Serious memang cantik giler!! Dari halus mulus pasirnya, pemandangan sekeliling nya dan juga air yang jernih kebiruan. Walla!
Pada Tsunami 2006, di kawasan Patong Beach, Phuket ini sahaja telah mengorbankan sehingga hampir 26, 000 orang. Ramai kan?.. Memang ramai sebab pantai nya memang panjang dan luas. Penuh dengan manusia.
Sejarahnya, kawasan Phuket ini juga merupakan tempat asal hampir 80% penduduk Thai yang beragama Islam. Tetapi disebabkan perlancongan yang hebat dijalankan di sini, maka peratusan tersebut pun dah berkurang. Alasan?.. Hmm.. kena tanya diorang.. ;)
Jom kita tengok lagi beberapa keping gambar sekitar Patong Beach, Phuket yang cantik menawan ini. Mana lah tahu, nanti ada rezeki ke sana kan?.. Jom tengok!
Tips kalau nak ke Patong Beach, Phuket ini adalah seperti berikut:
1. Sila pakai sunblock kalau tak nak sunburn giler
2. Elakkan shopping kat sini yer, sebab mahal giler
3. Datang awal ke tepi pantai, kalau tak, tak ada tempat sebab ramai giler
4. Belajar sket Bahasa Thai asas supaya senang nak bertanya / membeli
5. Tawar menawar dengan penjual dengan sebaik mungkin
Teruskan mengikuti kisah perjalanan saya ke Thailand baru-baru ini. Ada beberapa tempat lagi yang menarik untuk dikongsikan dengan pembaca sekelian. Serius tak rugi!! ;)
Kali ini saya memilih Thailand sebagai destinasi percutian. Dekat jer ngan kampung halaman, Perlis. Plan asal nak ke Bangkok. Namun atas nasihat keluarga dan rakan-rakan disebabkan pergolakan politik yang berlaku di Thailand pada masa ini, maka saya pun membatalkan niat ke Bangkok. Setakat Phuket, Krabi dan Hatyai yang kat bawah ni, tak ada kesan sangat.
Meh saya kongsikan dengan anda, keindahan Patong Beach di Phuket, Thailand yang menjadi kegilaan
Ha.. Kan dah cakap.. Cantik kan?.. Cantik kan?.... hmmm... |
Pada Tsunami 2006, di kawasan Patong Beach, Phuket ini sahaja telah mengorbankan sehingga hampir 26, 000 orang. Ramai kan?.. Memang ramai sebab pantai nya memang panjang dan luas. Penuh dengan manusia.
Sejarahnya, kawasan Phuket ini juga merupakan tempat asal hampir 80% penduduk Thai yang beragama Islam. Tetapi disebabkan perlancongan yang hebat dijalankan di sini, maka peratusan tersebut pun dah berkurang. Alasan?.. Hmm.. kena tanya diorang.. ;)
Jom kita tengok lagi beberapa keping gambar sekitar Patong Beach, Phuket yang cantik menawan ini. Mana lah tahu, nanti ada rezeki ke sana kan?.. Jom tengok!
Sukanya tengok perahu cenggini kat sana.. |
Tengok air laut yang kat belakang tu.. Macam lukisan jer kan? |
Hanya boleh nampak pemandangan camni kalau datang awal pagi |
Best kan kalau Pantai kat Malaysia pun ada sedia camni.. ;) |
Ada banyak duit bleh main JetSki.. Lebih kurang RM150 |
He3.. Benda wajib bawak nih kalau nak mandi - Tuala! |
Nih pemandangan perahu dari sisi lak... |
Ini dari jarak dekat |
Okeh.. Sila fokus! |
Ha.. Nampak tak?.. Nampak tak makcik yang jual barang tu? |
Pemandangan sebahagian Patong Beach, Phuket. Ini baru separuh kanan |
Tiba-tiba mai bersidai depan kami. Dah panas, nanti turun mandi balik |
JetSki yang menunggu untuk disewa oleh pelancong |
Nak duduk? Sewa RM10 untuk satu hari |