Sememangnya saya sangat tak sabar nak balik ke kampung untuk bercuti pada kali ini. Setelah menghabiskan masa hampir sebulan berada di sekolah pada musim cuti sekolah, saya rasa saya perlu menghabiskan baki cuti sekolah yang tinggal dengan sebaik mungkin. Saya tiba di LCCT dari Sibu, Sarawak pada waktu malam. Maka saya buat keputusan untuk bermalam di rumah kakak di Gombak, sebelum pulang ke Perlis esoknya.
Perancangan awal saya hanya mahu menggunakan bas. Tetapi tanpa saya sangka, abang ipar juga mahu pulang ke Perlis atas urusan kerja di Taiping. Nak memudahkan kerja, maka saya tumpang sahaja abang ipar ke Taiping, sebelum balik ke Perlis.
Dalam pada saya mahu menunggu abang ipar menyelesaikan urusan kerjanya, saya meronda-ronda sebentar ke kawasan Taiping. Disebabkan saya jarang sekali ke Taiping, maka saya hanya meronda ikut sedap kaki. Dalam perjalanan saya tercari-cari tempat menarik di Taiping, maka terserempak lah saya dengan satu daya tarikan di Taiping, iaitu Zoo Taiping.
Ini adalah kali pertama saya ke Zoo Taiping. Sebenarnya Zoo Taiping ini lebih popular dengan Night Safari nya, iaitu masuk zoo tengok binatang pada waktu malam. Setakat dalam pengetahuan saya juga, Zoo Taiping merupakan zoo yang tertua di Malaysia. Maka, ini lah peluang untuk saya tengok apa yang ada kat dalam Zoo tersebut. Boleh lawan tak dengan Zoo yang ada kat Melaka?
Sebaik sahaja tiba, maka saya terus bergerak ke kaunter beli tiket. Harga tiket bagi dewasa adalah sebanyak RM16, manakala untuk warga emas dan kanak-kanak pula adalah RM8. Taklah terlalu mahal sangat dan saya rasa agak berpatutan dengan apa yang bakal saya lalui sekejap lagi.
Selesai membeli tiket, saya terus masuk ke dalam kawasan zoo. Di bahagian depan kawasan zoo, tersedia ruang beratur untuk menunggu giliran menaiki keretapi mini. Muatan lebih kurang dalam 24 orang bagi satu keretapi mini. Keretapi akan berjalan sebaik sahaja bilangan orang yang naik dah penuh. Maka keretapi kami pun memulakan perjalanan.
Keretapi mini tersebut akan membawa pengunjung mengelilingi kawasan zoo yang seluas hampir 34 ekar. Kalau nak berjalan kaki, berpeluh jugak ler jawabnya. Yang menariknya, sebab pemandu juga akan bertindak sebagai pemandu pelancong. Sambil melintas kawasan kurungan binatang, pemandu tadi akan menceritakan perihal binatang tersebut.
Ada juga lah haiwan yang teruja untuk saya lihat. Ada juga antaranya yang dah biasa saya tengok. Anda boleh tengok banyak lagi gambar-gambar antara binatang yang ada di Zoo Taiping.
Perjalanan memakan masa hampir 1 jam juga. Habis mengelilingi semua kawasan zoo, pemandu tadi menurunkan kami di pitstop yang terakhir iaitu kawasan lapang untuk berehat. Ada antara pengunjung yang belum puas, meneruskan lagi perjalanan mengelilingi zoo dengan berjalan kaki. Saya terus menuju ke pintu utama sebab atas faktor masa yang terhad.
Di bahagian luar juga baru perasan rupanya disediakan beberapa kedai makan dan kedai menjual cenderahati kenang-kenangan. Jangan lupa juga untuk bergambar kenang-kenangan dengan replika binatang yang berada di sekeliling kawasan tersebut.
Secara jujurnya, saya amat menyarankan agar ibubapa yang berkemampuan untuk bawa anak bercuti ke Zoo Taiping ini. Sekurang-kurangnya boleh juga beri pengalaman baru kepada anak-anak untuk mengenali binatang-binatang tersebut dengan lebih dekat. Bukan sekadar menonton daripada kaca TV atau pun gambar. Anak kecil pasti sangat gembira dengan kunjungan ke tempat seperti ini.
Sememangnya pengalaman ke Zoo Taiping ini merupakan satu pengalaman menarik buat saya!