Isu pertukaran memang bukan isu kecil buat guru. Beruntunglah bagi anda, yang petempatan kali pertama nya sudah di tempatkan di sekolah sebelah rumah. Tak banyak perlu difikirkan. Tak perlu nak pening-pening kepala dengan EGTukar dan kerenahnya. Namun buat yang dipostingkan jauh dari tempat sendiri, ini adalah isu utama yang sentiasa berlegar di kepala.
10 Kali Mohon, 3 Kali Rayuan ke KPM
Tajuk di atas dah pun menceritakan segalanya. Buat kali ke-10 permohonan pertukaran saya gagal lagi sekali. Dalam tempoh tersebut juga, pernah naik turun KPM Putrajaya 3 kali untuk rayuan. Majoriti rakan-rakan seposting juga, semuanya dah selamat kembali ke tempat masing-masing.
Dah tentu saya kecewa, tapi tetap redha dengan ketentuan Ilahi ini. Dah banyak kali sangat gagal, sampai dah redha dalam keterpaksaan. Rezeki saya nampaknya masih di bumi Sarawak untuk tahun depan. Belum tiba masa untuk berkhidmat di negeri kelahiran, Perlis. Saya akur!
Keputusan pertukaran dah saya tahu dari minggu lepas sebenarnya. Sekadar pengetahuan, pertukaran bagi Guru Cemerlang diuruskan oleh Unit Naik Pangkat KPM secara manual, bukan seperti EGTukar yang diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) secara online. Oleh sebab tidak mendapat sebarang maklumat mengenai tarikh pengumuman pertukaran tersebut, maka saya ambil keputusan untuk telefon ke KPM sendiri.
Jawapan yang saya terima seperti biasa, DUKACITA GAGAL. Saya redha untuk terima keputusan tersebut, kerana memandangkan tempoh saya menjawat GC belum pun cukup setahun. Namun agak mengejutkan apabila saya cuba mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada pegawai KPM tersebut.
Tiada Penempatan di Perlis?
Menurut beliau, permohonan saya gagal bukan kerana tidak dilepaskan oleh JPN Sarawak, tetapi kerana tidak diterima oleh JPN Perlis dengan alasan tiada penempatan. Tak pasti pula saya adakah masalah ini berkaitan dengan kuota GC, atau subjek atau ada masalah lain. Mungkin JPN Perlis ada alasan yang lebih kukuh untuk tidak menerima saya, tetapi dalam masa yang sama, saya pelik kerana mereka mampu pulak untuk terima guru bukan tempatan untuk mengisi kekosongan di negeri tersebut. Sekali lagi kekecewaan berganda!
Sebab Utama Mohon Pindah
Saya mohon pindah bukan kerana tak suka untuk berada di Sarawak. Tolong faham akan perkara tersebut. Kalau tidak masakan saya bertungkus lumus untuk cuba berkhidmat dengan sebaik mungkin di sini. Tetapi ada komitmen lain yang perlu saya pertimbangkan terutamanya bila berkaitan dengan menunaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Anak mana yang tak mahu berbakti kepada ibubapa, terutamanya pada saat-saat mereka memerlukan seperti sekarang?
7 tahun merantau di negeri orang, bukanlah tempoh yang singkat. Dan harus diingat juga, jaraknya bukan dekat antara Sarawak dan Perlis. Hanya kapal terbang yang menjadi penghubung. Saya rasa dah tiba masa saya untuk berkhidmat di tempat yang berdekatan dengan tempat tinggal ibu bapa. Sekurang-kurangnya dapat juga saya jenguk mereka lebih kerap berbanding sekarang.
Buat pengetahuan juga, saya tidak memilih untuk hanya berkhidmat di Perlis sahaja sebelum ini. Saya pernah memohon ke negeri Kedah, Perak, Selangor dan WP Kuala Lumpur juga. Saya sedar Perlis negeri yang kecil, dengan bilangan pergerakan guru yang tidak ramai dah tentu proses tersebut menjadi lebih rumit. Saya tak hairan kenapa saya tak dapat berpindah ke Perlis. Tapi agak hairan apabila permohonan ke negeri lain yang mempunyai pergerakan guru yang besar juga tak berjaya. Acaner?
Status?
Status bujang juga saya rasa tak mempengaruhi pertukaran. Bukan sedikit orang bujang yang berjaya berpindah. Tak caya? Cuba lah buka laman sosial yang berkaitan dengan Pertukaran Guru. Dan bukan sedikit juga orang yang dah berkahwin dan beranak pinak, tetapi masih juga gagal dalam proses pertukaran. Ada rakan guru, seorang ibu, dengan subjek tidak kritikal, dah cukup tempoh berkhidmat 4 tahun, ada anak kecil yang terpaksa dijaga oleh ibu mertua, memohon ke Negeri Sembilan dari Sarawak, juga GAGAL! Pelik kan?
Mekanisma?
Secara jujurnya, saya tak faham akan mekanisma yang digunapakai oleh mereka yang terlibat dengan proses pertukaran ini. Tiada mekanisma yang jelas yang boleh saya jadikan sandaran. Tempoh berkhidmat, status, dan jarak, langsung tidak dapat menjamin anda berjaya dalam pertukaran. Saya harap pihak berkenaan dapat menstrukturkan semula kerja-kerja pertukaran, supaya mempunyai mekanisma yang lebih jelas, telus dan boleh lebih dipercayai!
Azam Masih Sama!
Sekalipun gagal dalam pertukaran, jangan anggap saya dah putus harapan. Saya masih akan cuba berbakti sebaik mungkin pada tahun depan untuk negeri Sarawak. Tak pernah saya jadikan isu pertukaran ini sebagai alasan untuk saya tidak berkhidmat dengan baik. Saya masih mempunyai mempunyai tanggungjawab sebagai guru yang perlu saya laksanakan sebaik mungkin. InshaAllah!
Tetapi dalam masa yang sama juga, saya akui pasti ada sebilangan guru yang tertekan dan kecewa dengan keputusan ini. Tak mustahil ada yang bertindak dengan cara yang negatif, dan menjadi tidak bersemangat untuk berkhidmat.
Pesanan saya, percayalah.. Setiap ketentuan, pasti ada hikmahNya. Dan jika kita rasakan kita sedang dalam kesusahan, percayalah, ada orang lain yang jauh lebih susah daripada kita.. Tuhan uji kita dengan hujan, supaya kita dapat lihat pelangi selepas itu... yer dak?
p/s: Bukan rungutan, bukan juga untuk menyalahkan siapa-siapa. Sekadar renungan, luahan dan perkongsian. Peringatan untuk yang nak tinggalkan komen di bawah, jika kita tak dapat nak menyenangkan hati orang, tak perlu untuk melukakan... Owh ya! Memang senang untuk nak bercakap kalau kita tak berada di situasi orang lain. Terima kasih kerana sudi mendengar! ;)