Dalam tengah menyiapkan Pecutan Akhir untuk para pelajar saya, saya menemui satu perkara yang menarik dan patut dikongsikan. Iaitu ada satu tajuk eksperimen yang ditanyakan dalam hampir kesemua soalan percubaan Kimia Kertas 3 daripada negeri-negeri untuk tahun 2013 ini. Jadi saya menjangkakan, berkemungkinan besar, eksperimen tersebut berpotensi besar untuk keluar dalam soalan Kimia SPM Kertas 3 tahun ini. Jom kita terus tengok kepada eksperimen yang dimaksudkan.
*Soalan Percubaan SPM Kimia Kertas 3 : Terengganu, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, SBP dan Pahang
2. Paku besi yang dililitkan dengan pita magnesium dimasukkan dalam tabung uji A, paku besi yang dililitkan dengan kepingan kuprum dimasukkan dalam tabung uji B, paku besi yang dililitkan dengan kepingan zink dimasukkan dalam tabung uji C dan Paku besi dimasukkan dalam tabung uji D.
3. Larutan agar-agar yang dicampurkan dengan larutan kalium heksasianoferat(III) dan larutan fenoltalein dituang ke dalam tabung uji A, B, C dan D.
4. Tabung uji dibiarkan di rak tabung uji selama 2 hari.
5. Pemerhatian terhadap perubahan warna dicatat dan dibandingkan.
2. Paku Tabung uji D terkakis sedikit
3. Paku Tabung uji A dan C tidak terkakis
2. Pengaratan besi lebih cepat jika paku besi bersentuhan dengan logam yang kurang elektropositif (Kuprum)
2. Keamatan merah jambu paling tinggi pada magnesium. Ion hidroksida daripada air bergabung dengan ion ferum(II) semasa pembentukan karat.
NOTA : Wajib Hafal Siri Elektrokimia!
Memandangkan banyak negeri yang menguji pada eksperimen yang sama, saya berpendapat eksperimen ini wajarlah diberi sedikit perhatian. Namun masih kena ingat, jangan sampai tak baca eksperimen yang lain plak. Ini hanya sekadar ramalan yang diilhamkan daripada analisis soalan percubaan.
Hafal dan berdoa supaya eksperimen ini keluar untuk peperiksaan esok! Semoga anda berjaya! Kalau confirm eksperimen nih keluar esok, kita GWIYOMI ramai-ramai k! Good luck yer!
*Soalan Percubaan SPM Kimia Kertas 3 : Terengganu, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, SBP dan Pahang
Tujuan
Mengkaji kesan pada paku besi apabila ia bersentuhan dengan logam-logam lain
Pernyataan Masalah
Apakah kesan logam-logam lain ke atas pengaratan besi?
Hipotesis
Pengaratan paku besi lebih lambat jika paku besi bersentuhan dengan logam yang lebih elektropositif.
Pengaratan paku besi lebih cepat jika paku besi bersentuhan dengan logam yang kurang elektropositif
Pembolehubah
Dimanipulasikan : Logam yang bersentuhan dengan paku besi
Bergerak balas : Pengaratan besi
Dimalarkan : Saiz paku besi / Kepekatan elektrolit
Bahan
Paku besi, Pita Magnesium, Kepingan kuprum, kepingan zink, larutan kalium heksasianoferat(III), penunjuk fenoltalein
Radas
Tabung uji, Rak tabung uji, kertas pasir
Prosedur
1. Paku besi, pita magnesium, kepingan kuprum dan kepingan zink dibersihkan dengan menggunakan kertas pasir.2. Paku besi yang dililitkan dengan pita magnesium dimasukkan dalam tabung uji A, paku besi yang dililitkan dengan kepingan kuprum dimasukkan dalam tabung uji B, paku besi yang dililitkan dengan kepingan zink dimasukkan dalam tabung uji C dan Paku besi dimasukkan dalam tabung uji D.
3. Larutan agar-agar yang dicampurkan dengan larutan kalium heksasianoferat(III) dan larutan fenoltalein dituang ke dalam tabung uji A, B, C dan D.
4. Tabung uji dibiarkan di rak tabung uji selama 2 hari.
5. Pemerhatian terhadap perubahan warna dicatat dan dibandingkan.
Pemerhatian / Taburan Data
Tabung Uji | Pasangan Logam | Pemerhatian | ||
Tompok Biru Tua | Keamatan warna merah jambu | Gelembung gas | ||
A | Paku besi dan pita magnesium | Tiada | Tinggi | Banyak |
B | Paku besi dan kepingan kuprum | Banyak | Rendah | Sedikit |
C | Paku besi dan kepingan zink | Tiada | Tinggi | Banyak |
D | Paku besi sahaja | Sedikit | - | - |
Analisis
1. Larutan heksasianoferat(III) berfungsi untuk mengesan kehadiran ion Fe2+2. Paku Tabung uji D terkakis sedikit
3. Paku Tabung uji A dan C tidak terkakis
a. Kerana Magnesium dan Kuprum lebih elektropositif daripada Besi.
b. Magnesium dan Kuprum akan terkakis (korban)
4. Paku Tabung uji B terkakis paling banyak
a. Kerana besi lebih elektropositif daripada Kuprum
Kesimpulan
1. Pengaratan besi lebih lambat jika paku besi bersentuhan dengan logam yang lebih elektropositif (Magnesium)2. Pengaratan besi lebih cepat jika paku besi bersentuhan dengan logam yang kurang elektropositif (Kuprum)
Perbincangan
1. Logam perlu dibersihkan dahulu bagi membuang lapisan oksida2. Keamatan merah jambu paling tinggi pada magnesium. Ion hidroksida daripada air bergabung dengan ion ferum(II) semasa pembentukan karat.