Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602

Sekolah Dah Mula Cuti, Tapi Saya?

$
0
0
Secara rasminya, maka hari ini boleh kita katakan bahawa semua sekolah dah mula tutup untuk tahun ini. Cuma yang masih tinggal, pelajar-pelajar yang sedang tekun menghadapi peperiksaan SPM, dan STPM. Sekolah saya, lagi lah awal. Kami dah pun bercuti hampir 2 minggu, sejak 4 November yang lalu. Sebabnya sekolah nak bagi laluan kepada calon-calon SPM dan STPM untuk menumpukan lebih perhatian kepada peperiksaan mereka. Lama kan?

Sekolah Dah Mula Cuti, Tapi Saya?

Walau bagaimana pun, harus diingat. Nama jer cuti sekolah. Tapi kerja cikgu-cikgi nih masih berjalan macam biasa. Banyak orang selalu nak salah anggap yang cikgu pun cuti panjang sama macam anak murid bercuti. Serious, salah konsep tu! Nak lagi confirm, cer cari Pekeliling yang menyatakan bahawa cikgu-cikgu nih masih boleh dipanggil pada bila-bila masa untuk berkhidmat ketika cuti sekolah. Ha, best kan jadik cikgu?. 

Itu belum dikira dengan kerja yang belum dapat diselesaikan sebelum tutup sekolah, macam isu SPPBS dengan sistem yang masih banyak kelemahannya tu. Sampai sekarang, saya yakin masih ada guru yang sanggup terpaksa bersengkang mata jam 3 4 pagi semata-mata hanya untuk cuba key-in markah PBS. Diulangi, cuba key-in. Sebab, selalunya, memang tak berjaya!. Kesian dengan cikgu-cikgu yang dah hampir pencen. Mudah-mudahan sistem tersebut lebih sempurna untuk tahun depan!

Saya pula masih berada di sekolah, di bumi Sarawak. Belum balik ke kampung halaman di semenanjung Perlis kerana masih ada tanggungjawab yang perlu saya selesaikan di sini. Tugas menjaga sekolah belum lagi dicukupkan bilangan harinya. Sehingga ke hari ini pun, masih berbaki 3 hari lagi daripada 7 hari kesemuanya. Namun, dalam pada itu, ada satu lagi TANGGUNGJAWAB PALING BESAR, yang 'memaksa' untuk saya menghabiskan sebulan pertama cuti saya ini di Sarawak, iaitu




Bersama-sama murid saya menghadapi peperiksaan!


Yup, betul! Saya sendiri memilih untuk bersama-sama anak murid saya tahun ini bagi menghadapi SPM. Hampir setiap hari, saya akan bersama-sama mereka di dewan makan sementara menunggu mereka masuk ke Dewan Peperiksaan. Tolong tenangkan mereka. Tolong akademik mereka. Tolong jawab pertanyaan mereka sebelum masuk Dewan. Apa yang saya boleh tolong, saya akan cuba tolong. 


Kenapa saya bertindak demikian? 



Sebab saya rasakan mereka, iaitu anak-anak murid saya dah banyak sangat menolong saya untuk sepanjang tahun ini. Mereka tolong saya dapatkan Johan Sibu untuk Sofbol. Mereka tolong saya dapatkan Naib Johan untuk Kawad Kaki. Mereka tolong saya dapatkan Naib Johan Kebangsaan untuk Filem Pendek Antartika. dan mereka tolong saya dapatkan Johan Kebangsaan bagi Pertandingan Liga Remaja Kreatif!! bla3..

Banyakkan yang mereka tolong?. Itu belum kira lagi tolong buang sampah, tolong angkat barang, tolong basuh baju, tolong cuci kereta cikgu dan bermacam-macam tolong lagi. Hu3..

Jadi secara peribadi saya rasakan, adalah AMAT TIDAK ADIL SEKALI jika sebaik sahaja cuti sekolah saya balik kampung dan tinggalkan mereka tanpa sebarang bimbingan dan panduan. Lagi-lagi lah pada peperiksaan yang bakal menentukan hala tuju hidup mereka selepas ini, iaitu SPM! Padahal, mereka lah yang banyak membantu memberi kejayaan kepada saya. Inilah masa untuk saya balas budi mereka semula. Tanpa mereka, siapalah saya!  <- i="">ayat cliche gilerr->
 

Batch kali ini juga sebenarnya banyak kenangan dengan saya. Antara batch yang paling rapat dengan saya. Saya kenal kebanyakan daripada mereka sejak dari mereka tingkatan 1 lagi. Mula ajar mereka dari Tingkatan 2 (Sains), sampai lah ke Tingkatan 5 (Kimia). Boleh tengok camna mereka membesar dari kanak-kanak hingusan, sampai ler jadik anak dara, anak teruna yang cun-cun, hensem-hensem macam cikgu dia. Sebab tu banyak kenangan! 

Serious akan rasa bersalah kalau tak bersama mereka pada saat-saat genting ini..

Walaupun saya tahu, saya tak mampu nak menolong mereka kesemuanya, untuk semua subjek, namun sekurang-kurangnya dengan kehadiran saya, mampu memberi mereka sokongan dan dorongan untuk melakukan yang terbaik. InshaAllah saya yakin mereka akan melakukan yang terbaik untuk diri mereka sendiri! Doakan mereka jugak yer..


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602