Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602

Soalan SPOT Sejarah SPM 2013 (Analisis Terkini!)

$
0
0
Selepas meneliti dan membuat sedikit analisis ringkas daripada tajuk dan topik yang patut diberi fokus penting untuk subjek Sejarah SPM 2013, serta mengambil kira beberapa pandangan dan pendapat daripada komen perkongsian yang diperolehi dalam entri tersebut, maka saya nak kongsikan dengan anda semua, hasil dapatan saya. 

Soalan SPOT Sejarah SPM 2013 (Analisis Terkini!)

Kaedah saya mudah sahaja. Kumpulkan kesemua topik target daripada sumber sebanyak mungkin (1 entri blog + 1 analisis percubaan negeri + 3 komen perkongsian pembaca). Kemudian padamkan tajuk-tajuk yang berulang. Fokus tajuk saya tentulah pada entri yang saya kongsi dan analisis soalan percubaan negeri lain (negeri terengganu, kedah, pulau pinang, perak, n9, johor, kelantan). Maka ini lah hasilnya!

Saya bahagikan kepada 2 bahagian iaitu WAJIB AMBIL TAHU dan HARUS AMBIL TAHU. Bahagian WAJIB AMBIL TAHU bermaksud paling banyak dikongsikan daripada 5 sumber tersebut. Manakala bahagian HARUS AMBIL TAHU pula diperolehi daripada kesemua sumber, tetapi mungkin boleh juga diberi perhatian.
  

WAJIB AMBIL TAHU
Tamadun (Peningkatan Tamadun : Ekonomi, Pendidikan, Perundangan)
Tamadun Hwang Ho
Kerajaan argaria dan maritim Asia Tenggara (Funan, Kedah Tua, Srivijaya)
Zaman Gelap Eropah
Kedatangan Islam dan Pengaruhnya
Khalifah (Abu Bakar, Umar, Ali)
Sistem pentadbiran barat,
Dasar Pendidikan (Falsafah Pendidikan Kebangsaan)
Warisan Kesultanan Melayu Melaka
Negara Bangsa Malaysia
Pembandaran di Tanah Melayu
Pembentukan Malaysia awal abad ke19
Hijrah
Pembukaan Kota Mekah
Pembentukan Kerajaan Islam di Madinah 622M
Piagam Madinah
Nasionalisme di Tanah Melayu abad ke-20 (Islah, Akhbar, Majalah, Novel)
Dasar Perpaduan (Bahasa, Kebudayaan, Sukan)
Hubungan serantau Malaysia (ASEAN dan ZOPFAN)
  

HARUS AMBIL TAHU
Pakatan murni (bab 5)
suruhanjaya reid,
isi perjanjian persekutuan TM,
perlembagaan/makhamah/pilihan raya,
rukun negara,
sistem ahli,
Perang Dunia Kedua
Adat Pepatih
Peranan Tulisan Jawi
Laporan Barnes 1950
Hulagu Khan
Viking
Hukum Kanun Melaka
Malayan Union
Proses Dekolonisasi British
Raja Berpelembagaan
Zaman Pemerintahan Pericles
Perjanjian Hudaibiyah
Zaman Neolitik & Sistem Barter
Zaman Jahiliah 


Bagi bahan berguna untuk Sejarah SPM Kertas 3 (Tema Umum: Malaysia dan Hubungan Serantau), boleh download Nota dan Contoh Jawapan kat SINI. InshaAllah berguna!!

Semoga perkongsian ini dapat membantu.. Jangan lupa untuk kongsikan juga dengan rakan-rakan anda yang lain. Ilmu, lagi banyak kita kongsi.. lagi banyak kita dapat.. inshaAllah!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602