Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602

Masa Sukar, Sejahtera kah Mental dan Fizikal Cikgu Kita?

$
0
0

 GURU SIHAT MENTAL DAN FIZIKAL


Semakin ramai guru yang saya kenal terima kesan dengan apa yang berlaku sekarang.


Minggu lepas seorang rakan guru hospitalised kerana major depression. Keluar air mata saya tatkala menatap muka dia masa video call. Nampak lain sangat. Sampai tak cam. 😭😭😭




Beberapa hari lepas ada rakan guru yang terpaksa henti kan aktiviti melihat sebarang skrin akibat masalah penglihatan yang mula merosot. Dan dia bukan orang pertama yang saya dengar alami masalah nih. 


Hari nih pula berita rakan guru yang dikenali dalam dunia inovasi juga terkena serangan stroke pada usia yang masih muda. 


Itu belum lagi hampir setiap hari berita kematian guru semasa dalam tempoh perkhidmatan di group cikgu-cikgu.


Semua berita nih memang sangat menginsafkan. Namun juga satu peringatan untuk kita semua, bahawa kegilaan kita bekerja ada batasnya. Jangan sampai kita abaikan jaga kesihatan mental dan fizikal ya kawan2.


Masa sukar sebegini, jangan malu nak dapatkan bantuan sokongan emosi dan mental daripada rakan2 sekeliling yang kita boleh percaya. 


Bercerita lah. Luahkanlah kesusahan kita. Mudah-mudahan boleh meredakan sedikit tekanan yang kita alami.


Ambil juga masa untuk bersenam dan riadah pada waktu petang. Selain menggerakkan otot, mudah-mudahan itu juga mampu jadi terapi kita melepaskan tekanan. 


Untuk cikgu-cikgu Malaysia, ayuh teruskan perjuangan kita dengan badan yang sihat dan akal yang waras! #cikgusihat


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602