HADIAH ISTIMEWA TAHUN KE-15
Alhamdulillah berita gembira hari ini bila diserahkan surat pemangkuan Guru Cemerlang DG52 oleh Pengetua. Tak terfikir langsung masa mula dipostingkan tahun 2007 dulu, ini jalan yang Allah pilih untuk saya. Hajatnya, nak jadi cikgu saja. Tapi perancangan Tuhan maha luar biasa.
Guru Cemerlang DG52, Hadiah Istimewa Tahun ke-15 Jadi Guru! |
Saya dedikasikan semua pengorbanan dan penghargaan ini kepada mak ayah dan keluarga, punca rezeki yang tak jemu mendoakan kejayaan saya. Juga pada Pengetua, pentadbir, rakan guru dan warga sekolah yang sentiasa menyokong saya. Dan dah tentu anak2 murid yang sentiasa tak jemu jadi inspirasi dan motivasi kepada saya sebagai guru.
Tak berjaya saya, jika tanpa sokongan mereka. Anda semua hero!
Buat yang bertanya apa sasaran saya selepas ini, saya serahkan pada Allah menentukan apa yang terbaik untuk saya di masa depan. Yang pasti, doakan saya sentiasa tetap bersemangat dan buat yang terbaik atas apa amanah dan tanggungjawab yang ditugaskan kepada saya. Seperti yang saya selalu pesan, nak buat tak susah. Nak maintain tu, ya rabbi...
Tak lupa juga, TERIMA KASIH khas buat semoga rakan di luar sana yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya. Kita sama-sama Cemerlang ya!