Antara perkara pertama yang kami buat bila sekolah dibuka semula selepas PKP pertama dulu adalah buat Survey tentang Sokongan Pembelajaran Online untuk Murid Tingkatan 4 dan 5. Kelas tak?
Tingkatan 4 sebab saya penyelia bersama Cg
Noor Laila Mohd Akil
(GK Bahasa) dan Tingkatan 5 sebab saya guru Sains Tingkatan 5.Kaji Selidik Sokongan Pembelajaran Secara Online Tingkatan 4 SMK Jerlun |
Kaji Selidik Sokongan Pembelajaran Secara Online Tingkatan 5 SMK Jerlun |
Soalan dia mudah saja. Contoh macam,
1. Jadual belajar ada tak?
2. Gajet sendiri ada tak?
3. Komputer ada tak?
4. Kongsi gajet tak?
5. Akses Internet OK tak?
6. Ruang belajar ada tak?
7. Ibubapa bantu tak belajar kat rumah?
8. Mudah tak belajar online?
9. Belajar online berkesan tak?
Alhamdulillah. Dapatan survei ini sangat berguna sekarang bila kita kena buat lockdown kali kedua.
Kalau tengok data untuk murid kami nih, majoriti budak Jerlun ada gajet sendiri dan tak berkongsi dengan ahli keluarga tau. Ibubapa pon banyak menyokong pembelajaran berlaku di rumah.
Masalah dia pada jadual belajar, kerana majoriti murid tak ada jadual khusus. Alhamdulillah sebelum bercuti hari tuh, kami dah sempat buat program "Keep Going Keep Growing" yang bantu murid urus pembelajaran di rumah. Termasuk buat jadual dan urus bahan belajar.
Sekali, prrrrapppppppppp..... Semua cuti.
Semoga skil yang dah di ajar dapat bantu murid urus pembelajaran di rumah nanti.
@ Smk Jerlun