Semalam diberi rezeki untuk berkongsi sedikit pengalaman dengan rakan guru yang terpilih untuk ikuti program Duta Guru Petronas usaha sama KPM melalui Pusat STEM Negara dan juga Yayasan Petronas.
Dijemput sebagai Guru Teladan, saya digandingkan dengan sosok super hebat dari Pakar Industri, iaitu Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim dan juga Tokoh Pelajar, adik Thayalan Ramasamy yang sedang membina karier dalam minat beliau.
Perkongsian saya berkisar tajuk Penyempurnaan PdPc STEM dengan fokus saya adalah memperbetulkan semula amalan dalam bilik darjah kita supaya kita dapat impak yang tepat. Tak mahu penat saja, banyak saja, akhirnya tak ada apa yang nak diceritakan.
Tapi paling terkesan adalah perkongsian berapi-api daripada Dr Amani, Saintis Malaysia yang pernah berkhidmat bersama NASA. Memang wowww sangat, lagi membuka minda. Passion dan kesungguhan beliau dalam memperjuangkan STEM tu, perghh taktau nak cakap.
Banyak input yang saya bersetuju sepanjang perkongsian beliau, terutamanya bila diminta bagi nasihat camana nak berjaya dalam STEM, atau apa-apa bidang ke depan.
Tak perlu kita kalut nak pandai semua benda. Cukup sekadar kita buat dan dapat 1 atau 2 benda, kemudian kita kuasai betul-betul, sehingga kita jadi pakar dan jadi orang yang di rujuk. Dalam erti kata lain, FOKUS!
Selamat maju jaya buat semua rakan guru yang bertuah lagi terpilih untuk program Duta Guru Petronas. Andalah frontliners #STEM Malaysia!