Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602

Kolokium Pemimpin Cemerlang

$
0
0

Berkebetulan saya berada di IAB Genting untuk satu jemputan, maka saya singgah ke Kolokium Pemimpin Cemerlang untuk beri sokongan kepada Pengetua saya, Pn Siti Rubiah.

Sempat juga saya ikuti majlis penutupan yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dr Ahmad Rafee Che Kassim.









Mendengar bagaimana pentingnya peranan pemimpin dalam membangunkan sekolah ke tahap yang boleh dibanggakan, selain membangunkan juga kompetensi guru ke tahap yang lebih cemerlang.
Saya tertarik dengan perkongsian Dr Ahmad Rafee tentang Standard Guru Malaysia 2.0 yang merupakan panduan tentang kompetensi dan etika guru. Bagaimana orientasi ilmu dan instruktional guru, ditambah dengan pelibatan Komuniti serta kualiti peribadi, akhirnya dapat membentuk guru yang berjiwa pendidik. @ IAB Genting

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602