Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602

Perkongsian Aktiviti Makmal Pasca PKP

$
0
0

 Terima kasih Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, (Encik Isma dan Puan Akmar) atas ruang perkongsian bersama guru-guru dari 52 buah sekolah model penggiliran. Tajuk untuk saya berkongsi adalah aktiviti makmal dengan penjarakan fizikal.

Ada banyak isu yang berlegar sekitar tajuk aktiviti makmal. Antaranya adalah pematuhan kepada SOP, bilangan murid yang ramai, kemudahan makmal yang terhad dan sukatan pelajaran.
Saya cuba kongsi apa yang saya buat di sekolah dengan murid saya. Ada 4 perkara yang kita kena tengok semula, iaitu pemahaman konsep sebenar kolaboratif dalam #PAK21, project-based learning, strategi flipped classroom dan juga pengorganisasian semula tugas dalam kumpulan.










Setiap satu saya kongsikan dengan contoh aktiviti yang telah saya jalan kan di makmal pasca pkp. Tidak lah sempurna semuanya dan sentiasa ditambahbaik dari masa ke semasa.
Semoga perkongsian membantu sekolah-sekolah yang terlibat dalam menguruskan pembelajaran murid dengan lebih berkesan.
Terima kasih juga buat pentadbir dan guru di sekolah yang memberi kan kerjasama kepada saya semasa berGoogle Meet dari jam 11 hingga 12 tengahari tadi! 💕 @ Smk Jerlun

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602