Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602

GCED Online Course #WEEK2

$
0
0

 Minggu kedua kami diberi pendedahan tentang kemahiran merekabentuk kurikulum. Banyak input menarik saya dapat dari topik nih especially bila diperkenalkan dengan Tyler's Rationale dan juga Hilda Taba.

Namun yang menarik perhatian saya adalah satu scene pendek dari sebuah filem Klasik, "The Bells of St Mary" 1945, yang kami perlu tonton dan bincangkan.
Konflik timbul bila, Sister Mary maklumkan ada muridnya yang gagal. Father O'Malley pula kata, kenapa tak luluskan semua. Bukankah semua murid ada 'kepandaian' masing-masing yang boleh dicari untuk diluluskan. Sister Mary dengan pendirian, bagi menjaga kualiti sekolah mereka, perlu ada 'beza' antara murid Cemerlang dan murid lemah. Takkan nak bagi semua sama?
Saya lihat perbualan ini masih relevan dalam pendidikan kita sehingga ke hari nih. Setuju kan?







Awal kerjaya saya sebagai guru, saya juga terikat dengan sistem penilaian yang rigid dan terhad. Sama ada awak lulus, atau awak gagal. Sama ada awak berjaya, atau kecundang.
Namun semakin lama saya sebagai guru, saya rasa lebih matang dalam menilai setiap kualiti yang ada pada murid. Mungkin awak tak OK kat membaca, tapi awak OK kat melukis. Mungkin awak tak pandai menari, tapi awak pandai bercakap.
Nilai lah pada kualiti yang murid kita ada, InshaaAllah Permata yang kita gilap.
Pengalaman anda pula bagaimana?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602