Hari nih buat eksperimen nak uji kekuatan tulang berongga dan tulang padat. Kalau dalam buku teks Sains Tingkatan 4 KSSM, Eksperimen 6.1 mukasurat 124.
Yes. Abam belajar Biologi juga dulu, jadi memang tau jugak pasal tulang berongga lagi kuat (atau sama) dari tulang padat. Actually konsep ini lah yang menyebabkan ada bata yang dibina berongga, sebab kekuatan dia sama (atau lebih) dengan yang padat.
Hipotesis dinyatakan tulang berongga lebih kuat berbanding tulang padat. Sekali wat aktiviti, tulang padat plak yang ble tampung lagi banyak buku. 5 kumpulan semua dapat result yang sama! Hahahahahaha..
Tengok video kat sini https://youtu.be/QTvigtPRZiM
Diameter dan panjang silinder tu dah kami malarkan tau. So sama je saiz dan tinggi dia.
So, saya ble kira kurang menjadi lah aktiviti kami.
Yang nak dibincangkan jugak bukan lah tulang mana yang lagi kuat. Tapi, adakah eksperimen ini signifikan dalam nak tunjukkan kekuatan tulang berongga dan padat tu. Atau, ke abam yang salah cara buat eksperimen? Hahahahhaa..
OK, so bijak pandai dan sapa-sapa yang ada pengalaman, moh ler kita bincang kan permasalahan ini ya. Semoga membantu cikgu-cikgu Sains kat Malaysia untuk lebih faham lagi pasal eksperimen ini 💕 @ Smk Jerlun