Zaman sekarang nih elemen video antara satu perkara penting yang berlaku dalam seharian kita. Tak pelik banyak kerja dokumentasi sekolah juga mula di terima dalam pelbagai bentuk, termasuk bentuk video. Jom saya kongsi bagaimana nak Hasilkan video majlis sekolah dalam 10 minit dengan menggunakan satu aplikasi video editing yang mudah, iaitu QUIK!
|
Search aplikasi QUIK di Google Play dan install |
|
Tekan Butang + untuk masukkan klip yang anda nak pilih |
|
Pilih klip video atau gambar yang anda suka. Maksimum 75 |
|
Letakkan tajuk atau tarikh program sekolah |
|
Yeah... pilih template effect video yang menjadi kesukaan anda |
|
Nih satu lagi contoh pilihan template effect video yang ada dalam QUIK |
Sebenarnya banyak kelebihan edit video gunakan QUIK nih. Antaranya adalah:
1. Cepat giler, tak sampai 10 minit dah boleh siap
2. Menu dia sangatlah simple dan mudah digunakan
3. Ada template siap untuk effect video dan lagu
4. Template yang disediakan tu bijak, boleh buat auto semua benda
5. Takdek watermark apa-apa kalau anda nak publish video ke apa ke
6. Paling suka Sebab QUIK nih, PERCUMA!
|
Untuk Advance Editing dalam QUIK, boleh lah klik pada klip yang nak diubah |
|
Siap untuk dipublish tak sampai 10 minit kalau guna QUIK |
Kemudian dah siap boleh lah share kan video tersebut terus ke Youtube Channel anda. Kalau nak cari semula, tengok bahagian Gallery dalam fon masing-masing, inshaAllah ada. See, mudah kan? Tak sampai 10 minit dah boleh dapat edit video macam canggih, pastu terus siap. Orang tengok pun mesti kagum dengan skil editing video anda. Yeahhh.. Selamat mencuba!