Puan Noorjahan Sultan yang bergraduat pada tahun 2013 dalam program PGSR di IPG KSM merupakan Guru Prasekolah yang kini bertugas sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang.
Beliau merupakan pengasas ‘Let’s Rhyme’; iaitu satu modul didikhibur Bahasa Inggeris yang berasaskan nilai-nilai tempatan dan Patriotisme.
Menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa, Modul ‘Let’s Rhyme’ tersebut telah tersenarai antara 10 Produk Berimpak Tinggi bagi Anugerah Inovasi Negara anjuran MOSTI pada tahun 2014.
Selain Modul Let’s Rhyme, Cikgu Noorjahan juga menghasilkan Modul Jom Hebat sebagai Pendidik; satu modul yang berbicara tentang falsafah dan prinsip yang perlu menjadi amalan untuk memajukan pendidik dan pendidikan.
Cikgu Noorjahan juga merupakan advokasi DIY Teaching Aids: satu usaha membina bahan bantu belajar dari barangan terpakai.
Satu lagi modul Cikgu Noorjahan adalah Jom Puisi; modul yang mengintegrasikan nilai murni dalam puisi berirama.
Terbaharu Cikgu Noorjahan sedang giat mengenengahkan Modul Let’s Write beliau satu aktiviti lanjutan daripada program NILAM iaitu Program Membaca di bawah BSTP.
Atas kecemerlangan, beliau telah dianugerahkan Ikon Guru Malaysia 2016, Finalis 50 Anugerah Guru Global 2016 di Dubai dan dinobatkan sebagai Ikon Pendidikan Awal Kanak-Kanak oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah pada tahun 2017.
Selaku duta pendidikan antarabangsa, Cikgu Noorjahan juga pernah terpilih untuk menyertai Forum Qudwa 2017 - Forum Pendidikan Antarabangsa di Abu Dhabi.
Tahun lepas, beliau telah menjuarai 2018 Pearson English Language Teacher Award bagi rantau Asia & Oceania dan dijemput untuk menerima sendiri anugerah tersebut di Chicago, Amerika Syarikat.
Beliau kini aktif membuat perkongsian pintar kepada guru-guru di seluruh Malaysia.
Cikgu Noorjahan Sultan |

Modul "Lets Rhyme" oleh Cikgu Noorjahan Sultan mendapat pengiktirafan sehingga ke peringkat antarabangsa |
Selain Modul Let’s Rhyme, Cikgu Noorjahan juga menghasilkan Modul Jom Hebat sebagai Pendidik; satu modul yang berbicara tentang falsafah dan prinsip yang perlu menjadi amalan untuk memajukan pendidik dan pendidikan.
Cikgu Noorjahan juga merupakan advokasi DIY Teaching Aids: satu usaha membina bahan bantu belajar dari barangan terpakai.
Satu lagi modul Cikgu Noorjahan adalah Jom Puisi; modul yang mengintegrasikan nilai murni dalam puisi berirama.
Terbaharu Cikgu Noorjahan sedang giat mengenengahkan Modul Let’s Write beliau satu aktiviti lanjutan daripada program NILAM iaitu Program Membaca di bawah BSTP.
Atas kecemerlangan, beliau telah dianugerahkan Ikon Guru Malaysia 2016, Finalis 50 Anugerah Guru Global 2016 di Dubai dan dinobatkan sebagai Ikon Pendidikan Awal Kanak-Kanak oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah pada tahun 2017.
Selaku duta pendidikan antarabangsa, Cikgu Noorjahan juga pernah terpilih untuk menyertai Forum Qudwa 2017 - Forum Pendidikan Antarabangsa di Abu Dhabi.
Antara anugerah dan kejayaan yang diraih oleh Cikgu Noorjahan Sultan |