Trending pendidikan STEM pada tahun 2018 menyebabkan banyak sekolah memulakan inisiatif menganjurkan Karnival STEM di peringkat sekolah masing-masing. Pendidikan STEM berjaya mengintegrasikan lebih banyak matapelajaran dengan diperluaskan kepada lebih banyak aktiviti yang menarik. Di sini saya kongsikan contoh Kertas kerja Karnival STEM peringkat sekolah yang boleh dijadikan rujukan oleh guru-guru.
Terima kasih tak terhingga juga kepada guru-guru yang sudi menyumbangkan contoh kertas kerja ini bagi dijadikan rujukan oleh guru-guru lain. Guru-guru lain juga diharapkan dapat berkreatif dengan mengubahsuai ikut kesesuaian seperti di setting sekolah masing-masing. Semoga bermanfaat untuk semua!
Contoh 01
Kertas Kerja Karnival Eksplorasi STEM : Angkasa 2018 Peringkat Negeri Kedah
Sumbangan : Cikgu Norhailmi bin Abdul Mutalib (SMK Jerlun, Kedah)
Karnival Eksplorasi STEM : Angkasa 2018 Peringkat Negeri Kedah ini dijalankan pada 21 Oktober yang lalu, dengan kerjasama daripada Pusat STEM Negara dan JPN Kedah di SMK Jerlun. Karnival ini mensasarkan murid menengah rendah supaya minat dengan bidang STEM, serta menjadikan topik penjelajahan angkasa sebagai niche bagi karnival STEM.
Karnival STEM dengan tema angkasa yang julung-julung kalinya diadakan di Malaysia dengan kerjasama Pusat STEM Negara ini juga turut dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Dr Haji Ahmad Rafee bin Che Kassim.
Contoh 02
Kertas Kerja Mini Karnival STEM Peringkat Sekolah 2018
Sumbangan : Cikgu Azmahani binti Nor @ Muhamad Nor (SMK Sri Perhentian, Johor)
Mini Karnival STEM SSP 2018 ini telah diadakan pada 11 April, dengan objektif bagi memperkenalkan bidang STEM kepada semua murid dan guru SMK Sri Perhentian, Johor. Sebanyak 5 aktiviti telah dijalankan bagi karnival STEM ini, antaranya adalah Math's Mind Challenge, Kereta Belon, Menara Jubilee, Deep Water Floating dan Rocket Launching.
Kertas kerja yang disumbangkan oleh Cikgu Azmahani nih lengkap dengan contoh borang penyertaan, notis dan laporan penganjuran Karnival STEM tersebut. Terbaik cikgu!
Contoh 03
Kertas Kerja Karnival STEM Peringkat Sekolah 2018
Sumbangan : Cikgu Norbaizura binti Mohd Rashid (SMK Kuala Krau, Pahang)
Karnival STEM di SMK Kuala Krau, Pahang ini telah diadakan pada 14 dan 15 November yang lalu dengan mensasarkan murid Tingkatan 1 hingga 4 dengan menawarkan pelbagai aktiviti STEM yang menarik. Antaranya adalah Inovasi Teknologi Hijau, Eiffel Tower dan Coding.
Akhir sekali saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Azmahani dan Cikgu NorBaizura yang sudi berkongsikan kertas kerja penganjuran Karnival STEM di sekolah mereka bagi digunakan sebagai rujukan untuk lebih ramai lagi guru kat Malaysia.
Semoga Allah jua lah yang mampu membalas jasa baik perkongsian ilmu daripada cikgu-cikgu. Dan semoga juga jadi bekalan baik di akhirat nanti. Amin!
Kertas Kerja Penganjuran Karnival STEM Peringkat Sekolah |

Karnival Eksplorasi STEM : Angkasa 2018 Peringkat Negeri Kedah di SMK Jerlun |
Dr Haji Ahmad Rafee Che Kassim merasmikan Karnival STEM : Angkasa 2018 |
Pameran hasil kerja murid SMK Jerlun bagi pembelajaran berasaskan projek |
Karnival STEM dengan tema angkasa yang julung-julung kalinya diadakan di Malaysia dengan kerjasama Pusat STEM Negara ini juga turut dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Dr Haji Ahmad Rafee bin Che Kassim.
Contoh 02
Kertas Kerja Mini Karnival STEM Peringkat Sekolah 2018
Sumbangan : Cikgu Azmahani binti Nor @ Muhamad Nor (SMK Sri Perhentian, Johor)
Mini Karnival STEM SSP 2018 ini telah diadakan pada 11 April, dengan objektif bagi memperkenalkan bidang STEM kepada semua murid dan guru SMK Sri Perhentian, Johor. Sebanyak 5 aktiviti telah dijalankan bagi karnival STEM ini, antaranya adalah Math's Mind Challenge, Kereta Belon, Menara Jubilee, Deep Water Floating dan Rocket Launching.
Aktiviti STEM Deep Water Floating di Karnival STEM SMK Sri Perhentian, Johor |
Bahan rujukan untuk bacaan STEM di Malaysia |
Aktiviti STEM Menara Jubilee di Karnival STEM SMK Sri Perhentian, Johor |
Kertas kerja yang disumbangkan oleh Cikgu Azmahani nih lengkap dengan contoh borang penyertaan, notis dan laporan penganjuran Karnival STEM tersebut. Terbaik cikgu!
Contoh 03
Kertas Kerja Karnival STEM Peringkat Sekolah 2018
Sumbangan : Cikgu Norbaizura binti Mohd Rashid (SMK Kuala Krau, Pahang)
Karnival STEM di SMK Kuala Krau, Pahang ini telah diadakan pada 14 dan 15 November yang lalu dengan mensasarkan murid Tingkatan 1 hingga 4 dengan menawarkan pelbagai aktiviti STEM yang menarik. Antaranya adalah Inovasi Teknologi Hijau, Eiffel Tower dan Coding.
Karnival STEM 2018 di SMK Kuala Krau, Pahang |