Salah satu perkara menarik yang saya belajar baru-baru ini adalah berkaitan dengan gaya pembelajaran murid yang berbeza-beza. Adalah sangat membantu guru menggunakan pendekatan yang sesuai, jika guru tahu dan dapat kenalpasti gaya pembelajaran murid yang berbeza beza tersebut.
Secara mudahnya, gaya pembelajaran murid dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu VARK, iaitu visual, audio, reading dan kinestetik.
Visual adalah gaya belajar dengan cara melihat. Audio pula gaya belajar dengn cara mendengar. Reading pula adalah gaya belajar dengan membaca. Dan kinestetik pula adalah gaya belajar dengan cara pergerakan.
Untuk mengenalpasti gaya belajar murid kita bolehlah gunakan Ujian VARK yang boleh dicapai di http://vark-learn.com/the-vark-questionnaire/ . Sangat mudah. Hanya jawab beberapa soalan yang berkaitan, dan akhirnya kita akan dapat penilaian terhadap gaya belajar kita.
Saya cuba uji dengan 23 orang murid kelas 2 Arif saya. Ternyata hasilnya sangat membantu saya mengenalpasti gaya belajar mereka.
Majoriti boleh saya katakan merupakan murid dengan gaya pembelajaran secara visual. Sesuai dengan kebanyakan gaya murid sekarang yang lebih gemar melihat video dan juga kurang suka membaca. Hehee..
Kesimpulannya, Ujian VARK telah membantu saya mengenalpasti gaya pembelajaran murid saya, sekaligus dapat membantu saya untuk memilih pendekatan dan kaedah belajar yang sesuai dengan mereka. Saya galakkan juga para guru lain mencuba Ujian VARK ini dengan anak murid masing-masing. Semoga membantu!
Kenali Gaya Belajar Murid Dengan Ujian VARK |
Secara mudahnya, gaya pembelajaran murid dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu VARK, iaitu visual, audio, reading dan kinestetik.
Visual adalah gaya belajar dengan cara melihat. Audio pula gaya belajar dengn cara mendengar. Reading pula adalah gaya belajar dengan membaca. Dan kinestetik pula adalah gaya belajar dengan cara pergerakan.
Empat jenis gaya pembelajaran murid |
Untuk mengenalpasti gaya belajar murid kita bolehlah gunakan Ujian VARK yang boleh dicapai di http://vark-learn.com/the-vark-questionnaire/ . Sangat mudah. Hanya jawab beberapa soalan yang berkaitan, dan akhirnya kita akan dapat penilaian terhadap gaya belajar kita.
Saya cuba uji dengan 23 orang murid kelas 2 Arif saya. Ternyata hasilnya sangat membantu saya mengenalpasti gaya belajar mereka.
Kumpulan murid dengan gaya pembelajaran secara Visual |
Kumpulan murid dengan gaya pembelajaran secara Audio |
Kumpulan murid dengan gaya pembelajaran secara Reading |
Kumpulan murid dengan gaya pembelajaran secara Kinestetik |