Isu pendidikan dan kontroversi dalam dunia pendidikan di negara Malaysia sepanjang 2017. Jika pada tahun 2016, isu seperti pemberian smartphone, IPGM bakal ditutup dan UPSR baharu menjadi bualan warga pendidik. Untuk tahun 2017 ini rasanya lebih banyak isu yang dilontarkan, apatah lagi dengan transformasi pesat yang sedang berlaku pada pendidikan kita. Maka jom kita soroti kembali isu pendidikan dan kontroversi yang melandanya sepanjang tahun 2017.
1. Kepimpinan
Dato Seri Mahadzir Khalid, untuk tahun ketiga sebagai Menteri Pendidikan masih mengambil pendekatan mengutamakan suara hati guru, melalui pelbagai medium seperti facebook, telegram dan media sosial lain. Menariknya, beliau sendiri yang memberi maklumbalas terhadap komen-komen guru dalam status fb beliau. Syabas Dato' Seri!
Manakala, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia juga bertukar tangan daripada Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof yang bersara wajib kepada kepimpinan baharu, iaitu Datuk Dr Amin Senin. Semoga kepimpinan beliau akan terus dapat menerajui pendidikan Malaysia dengan baik dan gemilang.
Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/338630/amin-dilantik-kp-pelajaran-baharu
2. Pembelajaran Abad ke-21
Pembudayaan PAK21 merupakan transformasi penting untuk tahun ini. Dengan semakin banyak seminar dan bengkel yang diadakan di seluruh negara, pembudayaan PAK21 semakin menjadi pilihan pentadbir sekolah dan guru. Bengkel Digital Classroom yang kerap diadakan juga berjaya memacu perkembangan teknologi sebagai tools dalam menjayakan lagi PAK21.
Tahniah juga untuk negeri Terengganu yang akan menggunakan eRPH sepenuhnya, melibatkan hampir 10,000 orang guru bermula pada tahun hadapan. Langkah proaktif yang mungkin akan mempercepatkan lagi usaha transformasi pendidikan kita.
Sumber : http://www.kosmo.com.my/negara/terengganu-negeri-perintis-sistem-erph-1.556059
Manakala kewujudan banyak sekolah amanah dan sekolah transformasi juga mencipta peluang dari sudut berbeza, dengan lebih banyak sekolah yang mengambil pendekatan baharu yang lebih berani, melalui moving class, ataupun subject based classroom.
Justeru itu, warga pendidikan mengharapkan fasiliti di sekolah, terutamanya yang berkaitan teknologi pendidikan dapat ditambahbaik, sesuai dengan keperluan dan nilai tambah dalam menjalankan Pembelajaran Abad ke-21.
3. Peperiksaan dan Pentaksiran
Berbanding kontroversi yang melanda pada tahun 2016, kali ini keputusan UPSR diumumkan dengan berbeza sekali. Keputusan diumumkan dengan mengambil kira pentaksiran bilik darjah (PBD), pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum (PAJSK) serta pentaksiran psikometrik (PPsi).
Sumber : https://www.hmetro.com.my/utama/2017/11/286053/upsr-tiada-lagi-pengumuman-calon-paling-banyak
Manakala bagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pula, Kementerian Pendidikan bercadang memberi kuasa kepada sekolah untuk melaksanakan sepenuhnya. Cadangan itu adalah berdasarkan kepada kajian yang mendapati PBS tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana tumpuan terlalu diberikan kepada pencapaian akademik.
Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2017/11/353587/sekolah-kendali-pt3-sepenuhnya
4. Oh My English
Dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di Malaysia, banyak usaha telah dijalankan. Dan yang mengundang kontroversi adalah apabila penggunaan buku teks import bagi melaksanakan kurikulum yang selari dengan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR).
Sumber : https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/10/05/only-imported-english-textbooks-from-next-year-move-part-of-reform-to-ensure-international-proficien/
Selain daripada itu isu mengenai Dual Language Programme (DLP) juga datang melalui kurangnya sumber dan bahan bantu kepada murid, guru dan ibubapa sendiri. Pemilihan sekolah yang terlibat adalah wajar dilihat secara lebih teliti, dengan berdasarkan kepada kajian potensi, tanpa campurtangan pihak luar sekolah. Halatuju pelajar dalam program DLP ini juga perlu diberi perhatian utama.
5. STEM
Pendedahan kepada dasar STEM pada tahun ini diwar-warkan dengan begitu baik sekali. Bermula dengan roadshow Jerayawara memperkenalkan STEM, dan kemudiannya diperhebatkan lagi pemahaman terhadap STEM melalui siri Kolokium STEM di beberapa zon seluruh negara.
Menariknya mengenai program STEM ini, ianya tidak hanya melibatkan lapisan warga pendidikan sahaja, tetapi juga menjangkau kepada peranan ibubapa, murid, pihak universiti dan juga industri sendiri. Usaha kolaboratif seperti ini, akan menjadikan STEM di Malaysia suatu perkara penting pada masa depan.
6. Keperluan Kerani Data
Dengan banyaknya pengisian data secara online, majoriti guru merasakan betapa pentingnya keperluan untuk setiap sekolah mempunyai kerani data yang berfungsi untuk menguruskan keperluan tersebut. Kewujudan jawatan sedemikian, sudah pasti boleh membantu guru untuk lebih fokus kepada urusan mengajar.
Selain itu, urusan pengisian data yang berulang juga, seperti APDM dan kehadiran juga dilihat hanya menambahkan beban kerja guru.
7. KBAT
Tahun 2017 juga menyaksikan pelbagai isu yang berkaitan dengan KBAT. Penggunaan KBAT dalam soalan peperiksaan dan juga buku teks sering diviralkan dan mendapat maklumbalas yang berbeza.
Tak kurang juga yang mengatakan sukatan pelajaran baharu KSSM / KSSR yang terlalu 'tinggi', sehingga boleh mendatangkan maklumbalas yang pelbagai daripada warga pendidik dan luar sendiri.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kelemahan-guru-punca-60-peratus-sekolah-hadapi-masalah-kbat-159944
8. Kontroversi Lain
Banyak lagi isu yang menjadi kontroversi dan viral untuk tahun 2017, sehingga beberapa pekeliling baharu dikeluarkan dengan segera dan turut mendapat maklumbalas segera daripada menteri.
Antaranya adalah berkaitan dengan majlis graduasi untuk pelajar, dinner guru yang dikatakan daripada duit PIBG, isu bertugas semasa cuti sekolah, isu solat berjemaah selepas tamat sekolah, penggunaan buku kerja tak dibenarkan, streaming class tak dibenarkan, SKPMg2, dan isu guru praktikal yang viral sehingga mengguris perasaan guru tetap.
Jutaan penghargaan kepada warga pendidik yang sudi memberi maklumbalas melalui facebook saya, mengenai isu dan kontroversi pendidikan sepanjang tahun 2017.
Walau apa pun isu dan kontroversi yang berlangsung sepanjang tahun 2017, diharapkan ianya menjadi pemangkin kepada usaha transformasi pendidikan Malaysia dengan lebih baik. Selaku pelaksana, kita haruslah menjalankan amanah dan tanggungjawab kita dengan sebaik mungkin, sehabis baik. InshaAllah semuanya akan okey-okey saja!
Isu dan Kontroversi Dunia Pendidikan Tahun 2017 |
1. Kepimpinan
Dato Seri Mahadzir Khalid, untuk tahun ketiga sebagai Menteri Pendidikan masih mengambil pendekatan mengutamakan suara hati guru, melalui pelbagai medium seperti facebook, telegram dan media sosial lain. Menariknya, beliau sendiri yang memberi maklumbalas terhadap komen-komen guru dalam status fb beliau. Syabas Dato' Seri!
Datuk Dr Amin Senin sebagai KPPM baharu |
Manakala, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia juga bertukar tangan daripada Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof yang bersara wajib kepada kepimpinan baharu, iaitu Datuk Dr Amin Senin. Semoga kepimpinan beliau akan terus dapat menerajui pendidikan Malaysia dengan baik dan gemilang.
Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/338630/amin-dilantik-kp-pelajaran-baharu
2. Pembelajaran Abad ke-21
Pembudayaan PAK21 merupakan transformasi penting untuk tahun ini. Dengan semakin banyak seminar dan bengkel yang diadakan di seluruh negara, pembudayaan PAK21 semakin menjadi pilihan pentadbir sekolah dan guru. Bengkel Digital Classroom yang kerap diadakan juga berjaya memacu perkembangan teknologi sebagai tools dalam menjayakan lagi PAK21.
Pembelajaran berpusatkan murid dengan guru sebagai fasilitator |
Tahniah juga untuk negeri Terengganu yang akan menggunakan eRPH sepenuhnya, melibatkan hampir 10,000 orang guru bermula pada tahun hadapan. Langkah proaktif yang mungkin akan mempercepatkan lagi usaha transformasi pendidikan kita.
Sumber : http://www.kosmo.com.my/negara/terengganu-negeri-perintis-sistem-erph-1.556059
Manakala kewujudan banyak sekolah amanah dan sekolah transformasi juga mencipta peluang dari sudut berbeza, dengan lebih banyak sekolah yang mengambil pendekatan baharu yang lebih berani, melalui moving class, ataupun subject based classroom.
Fasiliti pendidikan yang baik memacu transformasi pendidikan |
Justeru itu, warga pendidikan mengharapkan fasiliti di sekolah, terutamanya yang berkaitan teknologi pendidikan dapat ditambahbaik, sesuai dengan keperluan dan nilai tambah dalam menjalankan Pembelajaran Abad ke-21.
3. Peperiksaan dan Pentaksiran
Berbanding kontroversi yang melanda pada tahun 2016, kali ini keputusan UPSR diumumkan dengan berbeza sekali. Keputusan diumumkan dengan mengambil kira pentaksiran bilik darjah (PBD), pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum (PAJSK) serta pentaksiran psikometrik (PPsi).
Sumber : https://www.hmetro.com.my/utama/2017/11/286053/upsr-tiada-lagi-pengumuman-calon-paling-banyak
UPSR akan jadi PPSR |
Manakala bagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pula, Kementerian Pendidikan bercadang memberi kuasa kepada sekolah untuk melaksanakan sepenuhnya. Cadangan itu adalah berdasarkan kepada kajian yang mendapati PBS tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana tumpuan terlalu diberikan kepada pencapaian akademik.
Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2017/11/353587/sekolah-kendali-pt3-sepenuhnya
4. Oh My English
Dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di Malaysia, banyak usaha telah dijalankan. Dan yang mengundang kontroversi adalah apabila penggunaan buku teks import bagi melaksanakan kurikulum yang selari dengan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR).
Sumber : https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/10/05/only-imported-english-textbooks-from-next-year-move-part-of-reform-to-ensure-international-proficien/
Common European Framework of Reference |
Selain daripada itu isu mengenai Dual Language Programme (DLP) juga datang melalui kurangnya sumber dan bahan bantu kepada murid, guru dan ibubapa sendiri. Pemilihan sekolah yang terlibat adalah wajar dilihat secara lebih teliti, dengan berdasarkan kepada kajian potensi, tanpa campurtangan pihak luar sekolah. Halatuju pelajar dalam program DLP ini juga perlu diberi perhatian utama.
5. STEM
Pendedahan kepada dasar STEM pada tahun ini diwar-warkan dengan begitu baik sekali. Bermula dengan roadshow Jerayawara memperkenalkan STEM, dan kemudiannya diperhebatkan lagi pemahaman terhadap STEM melalui siri Kolokium STEM di beberapa zon seluruh negara.
Potensi bidang STEM di Malaysia |
Menariknya mengenai program STEM ini, ianya tidak hanya melibatkan lapisan warga pendidikan sahaja, tetapi juga menjangkau kepada peranan ibubapa, murid, pihak universiti dan juga industri sendiri. Usaha kolaboratif seperti ini, akan menjadikan STEM di Malaysia suatu perkara penting pada masa depan.
6. Keperluan Kerani Data
Dengan banyaknya pengisian data secara online, majoriti guru merasakan betapa pentingnya keperluan untuk setiap sekolah mempunyai kerani data yang berfungsi untuk menguruskan keperluan tersebut. Kewujudan jawatan sedemikian, sudah pasti boleh membantu guru untuk lebih fokus kepada urusan mengajar.
Selain itu, urusan pengisian data yang berulang juga, seperti APDM dan kehadiran juga dilihat hanya menambahkan beban kerja guru.
7. KBAT
Tahun 2017 juga menyaksikan pelbagai isu yang berkaitan dengan KBAT. Penggunaan KBAT dalam soalan peperiksaan dan juga buku teks sering diviralkan dan mendapat maklumbalas yang berbeza.
KBAT |
Tak kurang juga yang mengatakan sukatan pelajaran baharu KSSM / KSSR yang terlalu 'tinggi', sehingga boleh mendatangkan maklumbalas yang pelbagai daripada warga pendidik dan luar sendiri.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kelemahan-guru-punca-60-peratus-sekolah-hadapi-masalah-kbat-159944
8. Kontroversi Lain
Banyak lagi isu yang menjadi kontroversi dan viral untuk tahun 2017, sehingga beberapa pekeliling baharu dikeluarkan dengan segera dan turut mendapat maklumbalas segera daripada menteri.
Majlis graduasi pelajar : perlu atau tidak? |