Quantcast
Channel: Cikgu Hailmi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602

Apa Itu Internet of Things (IoT) ?

$
0
0
"Internet of Things" atau pun lebih mudah dikenali sebagai IoT merupakan topik yang sering menjadi bualan sekarang. Ianya merupakan satu konsep yang mempunyai potensi dalam mempengaruhi bagaimana kita hidup dan juga bagaimana kita bekerja. Tetapi apakah sebenarnya "Internet of Things" dan bagaimana ianya memberi kesan kepada kita?

 
Apa Itu Internet of Things (IoT) ?
Apa Itu Internet of Things (IoT) ?




Tanpa kita sedar, kemudahan Jalur lebar Internet sekarang digunakan dengan meluas, dengan kos penggunaan yang semakin rendah, semakin banyak device yang dicipta dengan kebolehan Wi-Fi dan sensor, kos teknologi yang semakin rendah, dan kadar penembusan telefon pintar yang semakin meningkat. Semua faktor ini mencipta suatu keadaan yang sangat sesuai untuk "Internet of Things".



Apa Itu Internet of Things?
Konsep mudahnya adalah menghubungkan semua device yang mempunyai butang ON dan OFF kepada Internet. Ini adalah termasuk telefon bimbit, mesin basuh, lampu dan apa saja yang kita boleh fikirkan. Juga termasuk komponen mesin seperti enjin jet dalam kapal terbang dan lain-lain. 

 
Apa Itu Internet of Things (IoT) ?
Apa Itu Internet of Things (IoT) ?


Sebuah firma analisis Gartner mengatakan bahawa pada tahun 2020 akan terdapat lebih 26 billion device yang terhubung!

Jadi Internet of Things adalah merupakan satu rangkaian gergasi dengan "things" (benda) yang terhubung. Termasuk manusia!



Bagaimana IoT Memberi Kesan Kepada Anda?
Peraturan baru bagi masa depan adalah "Apa benda yang boleh terhubung,  akan dihubungkan". Terlalu banyak contoh dan potensi yang boleh diperolehi daripada situasi ini. Sebagai contohnya, ketika anda dalam perjalanan ke mesyuarat, kereta anda sudah mempunyai akses kepada kalender anda, dan mengetahui jalan pintas paling dekat. 

Contoh lain adalah device yang dipakai di tempat kerja dapat memaklumkan bila dan di mana kita paling aktif dan produktif, dan seterusnya berkongsi maklumat tersebut dengan device lain  semasa kita bekerja.



Internet of Things dapat diaplikasi pada rangkaian pengangkutan: "smart cities"
Internet of Things dapat diaplikasi pada rangkaian pengangkutan: "smart cities"


Jika dilihat pada konteks yang lebih besar, Internet of Things dapat diaplikasi pada rangkaian pengangkutan: "smart cities" yang dapat membantu kita mengurangkan sisa buangan dan meningkatkan keberkesanan seperti penggunaan tenaga. Ini sudah tentu membantu kita untuk lebih memahami dan meningkatkan cara bekerja dan hidup kita.

Realitinya Internet of Things membolehkan peluang dan hubungan tanpa had, yang mana mungkin kita belum pernah terfikir sebelum ini. 


Keselamatan merupakan isu besar jika dikaitkan dengan Internet of Things. Apabila jutaan device terhubungung, apa yang kita boleh lakukan bagi memastikan setiap maklumat adalah selamat? Bukan kah ini membuka lebih banyak ruang untuk isu yang berkaitan dengan keselamatan dan perkongsian data. 

Satu lagi cabaran dalam melaksanakan Internet of Things adalah bagaimana sesebuah syarikat boleh menguruskan jumlah data yang sangat banyak seperti ini. Syarikat perlu lah memikirkan cara terbaik untuk menyimpan, mengesan, dan menganalisa jumlah data yang bakal dijana.


Sumber : https://www.forbes.com/sites/jacobmorgan/2014/05/13/simple-explanation-internet-things-that-anyone-can-understand/#2e528a811d09





Viewing all articles
Browse latest Browse all 1602